3 hari sudah Bernama melaporkan:
KOTA BAHARU, 8 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap akur jika masalah kewangan dijadikan faktor kerajaan tidak dapat melaksanakan pelarasan gaji kepada lebih sejuta penjawat awam.Kira ok la tu. Tentu Najib lega banyak baca berita tu. Masalahnya semalam tiba-tiba Cuepacs cakap lain pulak macam dilaporkan Bernama:
Presidennya Datuk Omar Osman berkata pada masa yang sama kerajaan perlu melihat keperluan untuk berbuat demikian kerana kepentingan kakitangan berjawatan rendah yang terpaksa membuat kerja sampingan.
"Apa pun kita (Cuepacs) akur dengan kekangan kewangan kerajaan tetapi pada masa yang sama kita perlu melihat dan membantu kakitangan yang berjawatan rendah ini untuk mereka meneruskan kehidupan.
"Kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 yang berjawatan rendah dilaporkan mula membuat kerja sampingan kerana masalah kewangan yang mereka hadapi," katanya selepas Majlis Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) di sini, Ahad. - Bernama.
PUTRAJAYA, 10 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bercadang untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan soal pelarasan gaji bagi kira-kira 1.3 juta kakitangan awam di negara ini.Cumanya Ceupacs ada sikit buat silap kat situ. Sepatutnya Ceupacs tak guna perkataan "pelarasan" perkataan tu dah tak popular sekarang ni. Patutnya Ceupacs guna perkataan terkini "merasionalkan" baru sama taraf bahasa. Bukan apa, takut Najib tak faham pulak nanti.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata pihaknya bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri selepas mesyuarat kongres pada 26 dan 27 Mei di Lumut, Perak.
"Selepas mesyuarat kongres, kita akan membuat permohonan untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Dialog Cadangan Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini pada Selasa.
Katanya selain soal pelarasan gaji, kongres juga bercadang berbincang dengan kerajaan mengenai soal bantuan sara hidup (COLA) dan elaun tetap perumahan.
Cuepacs sebelum ini mencadangkan agar COLA semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan dan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang. - Bernama.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis