Penyokong Umno BN patut bersyukur | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 09, 2011

Penyokong Umno BN patut bersyukur

Malaysiakini melaporkan:  
Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

azlan"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan. - Mkini.
Aku harap takdak pengokong Umno BN yang merungut pasai kenaikan kali ni. Bukan tak dibagitau, dah bayak kali dibagitau yang BN tu sebenarnya akronim kepada Barang Naik tapi hangpa sokong jugak.

Malah hangpa patut bersyukur pasai kerajaan memang pandai berjimat. Dengan kenaikan tu kerajaan boleh berjimat sehingga RM116juta jauh la kalau nak dibandingkan dengan Ust Azizan Menteri Besar Kedah yang cuma boleh cari duit cukai tambahan sekitar RM8juta untuk 5 tahun bila dia tak sanbung rebat cukai tanah untuk UUM yang sekarang ni lebih popular sebagai Universiti Uzur Malaysia.

Lagipun, kalau nak banding dengan negara lain, harga gula di negara kita masih yang paling rendah.

Dalam isu naik harga barang ni, ada sorang penyokong Umno yang bangang yang kata, kalau sapa pun jadi kerajaan, harga barang mesti nak kena bagi naik jugak. Tak logik dia kata harga nasi lemak kekal 5sen sama macam masa dia budak-budak dulu.

Memang aku tak nafikan, kalau Pakatan Rakyat memerintah nanti, tak mustahil harga barang akan naik jugak tapi kenaikan tu akan dipastikan selari dengan kenaikan pendapatan rakyat.

Maksudnya walaupun harga naik tapi orang tak merungut pasai gaji dia naik lagi tinggi dan kenaikan tu tak sampai dia kena ikat perut untuk bagi anak bini dia makan.

Bukannya macam yang Umno BN dok buat sekarang ni, kenaikan dibuat pasai kerajaan perlukan duit lebih untuk nak bagi rasuah masa pilihanraya umum.

Tapi, nak buat macamana, masih ramai lagi rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang sedia ditipu oleh Umno BN. Pada depa apa yang pemimpin Umno cakap tak ubah macam sabda nabi dan apa yang pemimpin Pakatan Rakyat cakap semacam suara dari syaitan.

Sumber: FB Madzamtoklah

   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Agak-agak ada dak penyokong tegar Umno yang buat sujud syukur dengan kenaikan harga gula kali ni?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...