Umno dah nak buat pilihanraya olok-olok, PAS punya UPU masih berhabuk... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 10, 2011

Umno dah nak buat pilihanraya olok-olok, PAS punya UPU masih berhabuk...


MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 9 Mei – Umno akan mengadakan simulasi pilihan raya olok-olok sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 pertengahan Julai ini.

Proses itu akan melibatkan semua peringkat jentera parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Menurut Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, langkah itu diambil bagi melancarkan persiapan parti menjelang pilihan raya umum ke-13.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta Umno Selangor membuat persiapan menghadapi pilihan raya.

Desas-desus menyebut pilihan raya akan diadakan sebelum Ramadan ataupun awal Oktober.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum Ramadan ini. - TMI.
Tu cerita Umno. PAS pulak apa cerita? Aku pun taktau la apa lagi yang puak-puak PAS ni tunggu sampai la Upu tak bergerak lagi. Takkan nak tunggu sampai dah bubar Parlimen kut baru nak mula bergerak.

Umno sampai dah nak buat pilihanraya olok-olok dah, puak-puak PAS ni masih rilek lagi. Macam tak heran langsung. Takkan kut yakin sangat gerenti boleh menang sampai macam tu sekali. Takut jadi macam PRU11 ja.

Aku malas la nak kata kat orang lain, pasainya Upu kat tempat aku sendiri pun tak bergerak lagi. Aku pun taktau dah nak buat macamana.

Rata dah aku tembak, tembak bawah tak gerak, tembak atas pun tak gerak. Nak bakar bilik gerakan Upu, bilik tu pun dah takdak. Takkan aku nak bakar markaz kut.

Takkan depa taktau kut banyak kerja nak kena buat untuk hadapi pilihanraya ni. Lain la kalau setakat nak masuk pilihanraya sekadar nak masuk ja. Maksud aku cuma sekadar nak hadapi hari mengundi ja.

Persiapan untuk hadapi hari mengundi memang tak susah mana. Lagi pun dah banyak kali dah PAS tempuh hari mengundi.

Apa nak susah kalau takat nak tampal poster dan nak gantung bendera. Bubar ja parlimen menderu orang yang nak buat kerja tu. Silap-silap kita yang kena marah pasai depa takdak kerja nak buat.

Yang payah sikit pun mungkin nak cari orang yang nak jadi PACA. Tu pun tak susah mana, habih-habih sangat takdak orang, satu saluran sorang pun takpa, biar dia jaga dari pagi sampai ke petang.

Yang susahnya macamana nak pastikan pengundi undi calon kita. Macamana nak pastikan undi kita bertambah. Ataupun sekurang-kurangnya undi kita masa PRU lepas tak lari.

Yang susahnya nak kena kenal pasti berapa dah lari dan berapa yang nak kena cari, belah mana yang boleh dapat dan belah mana yang dah terlepas.

Yang susahnya jugak nak kena betul-betul pastikan belah mana nak kena urut, belah mana nak kena sebat, yang mana nak kena bakar dan yang mana nak kena juruih.

Kerja-kerja tu bukan boleh buat sorang-sorang. Semua tu nak kena buat secara berjamaah. Masing-masing buat sorang sikit berdasaarkan bidang tugas dan kepakaran bersama. Tapi kalau dah mesyuarat pun tak boleh nak buat, sembang pun tak guna.

Kalau dah bubar Parlimen baru nak mula, baik tak payah. Lagi mudah kita tunggu ja hari mengundi kita ramai-ramai pi mengundi dan bila dah senja kita sama-sama pakat tunggu berapa nak kalah.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...