Biar nampak bangang janji tak kantoi lagi sekali? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 17, 2011

Biar nampak bangang janji tak kantoi lagi sekali?

Malaysiakini melaporkan: 
Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada Bernama di Putrajaya, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

"Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini. - Mkini.
Kerja jadi menteri kat Malaysia ni cukup mudah. Buat la apa pun rakyat tak marah tara mana sangat. Marah la sat kut, lama sikit nanti depa lupa la. Bila dah lupa tu marah pun reda la.

Nak bagi cepat reda marah tu, bagi la alasan apa pun, bagi la hujjah BANGANG macamana pun, bagi la janji apa pun walaupun tak tepati, takdak masalah, akan ada yang terima, bukan sikit-sikit pulak tu yang boleh terima.

Contoh macam ayat dalam laporan Malaysiakini kat atas tu:

"... tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik."

Memang la tak salah ayat tu, tapi mencerminkan kebangangan orang yang cakap tu. Nanti-nanti la kalau nak guna ayat tu pun. Takkan baru dua tiga hari dah guna ayat macam tu. Takka ka BANGANG namanya tu.

Tapi bila ingat balik, nak heran apa sangat. Macam gambar keratan akhbar kat bawah ni, tapi yang kat bawah ni bukan bangang, tak berapa nak sesuai, tapi lebih sesuai kut digelar PENIPU YANG BANGANG. Memang jenis pandi kutty macam tu kut.



Kalau takut kantoi lagi sekali sekalipun, jangan la sampai sanggup nampak BANGANG macam tu. Lain kali kalau takut kantoi, jangan pandai-pandai buat keputusan sendiri. Hang tu menteri dari parti Umno Malaysia bukan menteri dari parti buruh Britain.


Belajar la kat menteri yang dah senior macam Hishamuddin tu. Tengok macamana dia dengan isu "kristian agama rasmi" tu, bila Najib bagi que baru dia berbunyi. Baru la tak kantoi dan tak nampak sangat bangang.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...