Senarai nama yang telah dicalonkan dan layak untuk bertanding masa pemilihan PAS awal Jun depan dah pun diumumkan macam yang dilaporkan oleh Harakahdaily di sini, sini dan sini.
Yang aku mushkilnya, macamamana boleh jadi macam yang dilaporkan Harakahdaily ni:
Katanya, PAS mempunyai 180 kawasan di seluruh negara dan 152 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama namun enam borang ditolak menjadikan 146 pencalonan diterima. - Hrkh.Macamana boleh jadi ada 28 kawasan yang tak hantar pencalonan. Takkan depa tu tak mesyuarat kut? Orang semua dah sibuk cerita pasai nak tumbangkan pandi kutty dan ambil alih pentadbiran negara tapi masih ada lagi Kawasan PAS yang nak hantar borang pencalonan pun gagal.
Dari 152 yang hantar tu pun ada 6 pulak yang ditolak. Mushkil aku, benda yang penting macam tu pun depa buat halai-balai ka? Buat malu PAS ja,
Patutnya kena dinamakan kawasan-kawasan yang berkenaan tu, biar ahli-ahli peringkat akar umbi boleh menilai. Biar lain kali depa yang pegang amanah jaga kawasan PAS tak buat dah benda yang memalukan PAS macam ni.
Nasib baik la tak dinamakan kawasan-kawasan tu, kalau tidak tentu masak punya la kena belasah. Jawatan nak tapi kerja halai-balai.
Kalau kawasan yang baru ditubuhkan macam contoh yang kat Sarawak ka Sabah ka boleh terima la, tapi kalau kawasan kat belah semenanjung...
Lagi satu, apa salahnya kalau sebut terus jumlah pencalonan yang masing-masing dapat. Nak sorok buat apanya. Jumlah pencalonan tu adalah undi dari kawasan, kira macam hasrat akar umbi. Mana logiknya kalau nak kata takmau umum jumlah pencalonan tu pasai takmau nampak berkempen.
Apa pun, kat bawah ni aku ringkaskan senarai nama yang dicalonkan untuk jawatan-jawatan utama.
Presiden
TG Hj Hadi Awang (Menang tanpa bertanding).
Timbalan Presiden
1. Nasharudin Mat Isa. /
2. Mohamad Sabu. /
3. Ust Azizan Abdul Razak.
4. Ust Tuan Ibrahim Tuan Man.
5. Salahuddin Ayub. x
6. Husam Musa. x
Naib Presiden
1. Nasharudin Mat Isa.
2. Mohamad Sabu.
3. Ust Azizan Abdul Razak.
4. Ust Tuan Ibrahim Tuan Man.
5. Salahuddin Ayub.
6. Husam Musa.
7. Ust Idris Haji Ahmad. /
8. Mahfuz Omar./
9. Mazlan Aliman.
10. Ust Mohd Amar Abdullah.
11. Mohd Hatta Md Ramli.
12. Dr. Mujahid Haji Yusof Rawa. x
13. Ust Nik Zawawi Nik Salleh. x
14. Ir. Nizar Jamaluddin.
Ketua Dewan Pemuda
1. Ustaz Nasrudin Hassan. /
2. Ust Azman Shapawi Abdul Rani. x
3. Suhaizan Kaiyat.
4. Ust Firdaus Jaafar. /
Timbalan Ketua
1. Ahmad Sabki.
2. Ust. Azman Shafawi. /
3. Ust. Firdaus Jaafar, YB. /
4. Mohd Nor Hamzah, YB.
5. Ust. Nasaruddin Hassan.
6. Ust. Nik Abduh Nik Aziz.
7. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob.
8. Ust. Riduan Mohd Nor.
9. Suhaizan Kaiat.
Naib Ketua
1. Azman Shafawi, Ustaz.
2. Ust. Firdaus Jaafar, YB.
3. Kamaruzaman Mohamad.
4. Khairi Faizi Kamil.
5. Ust. Mohd Nor Hamzah.
6. Mohd Sany Hamzan.
7. Ust. Nasir Zakaria, YB.
8. Ust. Nik Abduh Nik Aziz.
9. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob.
10. Ust. Riduan Mohd Nor.
11. Sabki Yusof.
12. Suhaizan Kaiat.
Ketua Dewan Muslimat
1. Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
2. Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof.
3. Dr. Siti Mariah.
4. Dr. Asiah Ali. x
Timbalan Ketua Dewan Muslimat
1. Asiah Ali, Dr.
2. Mumtaz Mohd Nawi, YB.
3. Nuridah Salleh.
4. Siti Mariah Mahmud, Dr.
5. Siti Zailah Mohd Yusof , YB.
6. Wan Hasrina Wan Hassan.
Naib Ketua Dewan Muslimat
1. Aiman Athiran Al-Jundi.
2. Asiah Ali, Dr.
3. Mastura Mohamad.
4. Mumtaz Mohd Nawi, YB.
5. Najhatussolehah Ahmad, Dr.
6. Normala Sudirman.
7. Nuridah Salleh.
8. Rohani Ibrahim, YB.
9. Siti Mariah Mahmud, Dr.
10. Siti Zailah Mohd Yusof , YB.
11. Wan Hasrina Wan Hassan.
Untuk nak tau sapa yang akan bertanding, nak kena tunggu tarikh akhir depa hantar surat pengesahan pada 26 Mei ni, seminggu lebih lagi. Lepas tu baru diumumkan sapa yang akan bertanding. (Gambar cilok dari blog Greenbox)
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis