Orang PR pun ada yang percaya cakap Muhyiddin ni | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 17, 2011

Orang PR pun ada yang percaya cakap Muhyiddin ni


Malaysiakini melaporkan:
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan kerajaan memberi lima kaedah kenaikan pangkat baru di bawah skim perkhidmatan guru dilakukan sepanjang masa dan bukan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau, yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha kerajaan untuk menambahbaik skim perguruan akan diteruskan sebagai kesinambungan kepada keperluan transformai kecemerlangan perkhidmatan berkenaan.

"Boleh kita tekan bahawa perkhidmatan perguruan di negara ini mendapat layanan yang adil," katanya kepada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Guru 2011, peringkat kebangsaan ke-40 di Kuching hari ini. - Mkini.
Memang betul pun macam yang TPN kata tu, kaedah baru kenaikan pangkat guru tu memang takdak langsung kena mengena dengan pilihanraya.

Kaedah baru kenaikan pangkat guru tu pun takdak kena mengena dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang janji nak bagi RM500 kepada setiap guru kalau dapat ambil alih pentadbiran di Purtajaya. Memang takdak kena mengena.

Sama jugak masa kempen PRK sebelum-sebelum ni, semua projek segera yang dibuat tu bukan pasai pilihanraya tapi pasai memang semua tu dah ada dalam perancangan.


Sama jugak macam bajek yang akan dibentangkan bulan Oktober nanti pun bukan bajek untuk pilihanraya walaupun dalam bajek tu macam-macam jenis "habuan" untuk segenap jenis rakyat dihamburkan. Tu pun bukan sebab pilihanraya walaupun PRU13 tak lama lepas tu.

Dan memang pun ramai yang akan percaya cakap Timbalan Presiden Umno tu, termasuk jugak jentera parti-parti Pakatan Rakyat. Mungkin tak semua tapi aku yakin ramai lagi yang di mulut mengaku tak percaya tapi kerja buat macam depa percaya cakap Muhyiddin tu.

Pasai tu la ramai lagi yang dok rileks. Ramai yang masih boleh bersenang-lenang lagi walaupun bilik gerakan UPU dan yang sewaktu dengannya masih berabuk.

Takkan nak harap geng-geng cikgu ja yang buat kerja kut?

"Awat? Dah nak pilihanraya dah ka?"

Depa ni tak teringin ka nak buang puak-puak pandi kutty tu cepat-cepat?

Sumber gambar: abushahid

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...