KUALA LUMPUR, 24 Mei: Datuk Husam Musa mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar tahunan kali ini.Kemarin dulu, pada sebelah pagi Ust Tuan Ibrahim Tuan Man mengubah pendirian dari tak mau bertanding jawatan Timbalan Presiden kepada bersetuju untuk bertanding.
“Atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri mengumumkan untuk menerima pencalonan bagi jawatan naib presiden.
“Kepada Allah saya bertawakkal dan bimbingan pimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah berat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan pada mulanya hanya bercadang untuk bertanding untuk AJK Pusat sahaja.
Namun, katanya dengan perkembangan terbaru di mana Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap mutakhirnya menawarkan diri untuk jawatan lebih tinggi, beliau terpaksa menimbangkan semula pendirian berpandukan pandangan kawasan-kawasan. - Hrkh.
Alasan dia sebab banyak kawasan tetap mencalonkan dia walaupun dah berkali-kali bagitau dia tak berminat menawarkan diri ke jawatan tu pasai dia kata lebih ramai lagi yang lebih sesuai untuk duduk di jawatan no 2 PAS tu.
Bila aku tuls entry yang bertajuk "Ust Tuan Ibrahim buat pusingan U, ada beberapa komen yang label Ust Tuan Ibrahim sebagai ulama' flip flop.
Pada sebelah petangnya, Husam Musa ikut jejak langkah Ust Tuan Ibrahim, mengubah pendirian dari takmau bertanding kecuali jawatan AJK kepada bersetuju untuk bertanding jawatan Naib Presiden.
Alasan dia lebih kurang sama macam alasan yang Ust Tuan Ibrahim guna. Husam juga dapat banyak pencalonan walaupun lebih awal bagitau dia tak berminat bertanding kecuali jawatan AJK PAS Pusat saja.
Harakahdaily pada 14 April lepas melaporkan:
Ujarnya lagi, beliau hanya akan bertanding sebagai AJK PAS Pusat sahaja dan fokus utama beliau ialah Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.Nampak gayanya, bukan Ust Tuan Ibrahim sorang saja yang dibelasah sebagai flip flop, Husam jugak mungkin akan dibelasah sama.
“Tugas utama saya ialah bagi memastikan Kelantan diuruskan dengan baik dan berjaya dalam PRU 13 yang semakin hampir,” ujarnya lagi. - Hrkh.
Cumanya, dalam keadaan ni Husam lebih selesa pasai dia cuma ikut jejak langkah calon Timbalan Presiden, Ust Tuan Ibrahim yang tergolong dalam golongan ulama', antara pimpinan PAS yang disebut-sebut paling sesuai untuk gantikan TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS.
Kalau lepas ni ada orang kata Husam flip flop pun, Husam tak patut rasa rendah diri pasai dia cuma ikut contoh tauladan ulama'.
Ada sorang member 'offline' aku kata "apa salahnya flip flop pun kalau untuk kebaikan parti." Aku tak komen apa cuma terfikir... macam tak berapa nak sesuai ja ayat tu...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis