Peluang Mat Sabu semakin cerah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 14, 2011

Peluang Mat Sabu semakin cerah

Harakahdaily melaporkan:
KOTA BHARU, 13 April: Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Husam Musa, hari ini menyatakan sokongan penuh beliau kepada pimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan dengan itu, Husam menolak sebarang percalonan dari mana-mana PAS kawasan untuk mencalonkan beliau sebagai Presiden PAS.

“Saya menyokong 100 peratus kepada pimpinan Tuan Guru Haji Hadi, kerana kepada saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS.

“Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden,” katanya.

“Saya tidak pernah ada hasrat untuk bertanding jawatan setinggi itu, apa tah lagi apabila dipertembungkan dengan Tuan Guru Haji Hadi,” katanya lagi.

Ujarnya, generasi muda kini mungkin tidak mengetahui hubungannya dengan Tuan Guru Haji Hadi.

“Pada tahun 1983 bila saya lepas universiti, saya ‘full time’ berkerja dengan PAS.

“Dan yang menerima saya di dalam majlis rasmi adalah Tuan Guru Haji Hadi dan almarhum Ustaz Hassan Syukri,” ujarnya lagi.

Walau macam mana pun beliau mengucap kan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan beliau sebagai Presiden PAS.

“Mungkin PAS Bukit Bintang mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga mencalonkan saya,” katanya.

Ujarnya lagi, beliau hanya akan bertanding sebagai AJK PAS Pusat sahaja dan fokus utama beliau ialah Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

“Tugas utama saya ialah bagi memastikan Kelantan diuruskan dengan baik dan berjaya dalam PRU 13 yang semakin hampir,” ujarnya lagi. - Hrkh
Aku yakin ramai yang macam aku tertunggu-tunggu kenyataan dari Husam macam tu. Dengan kenyataan dari Husam tu sah dia bukan saja tak mau bertanding jawatan Presiden tapi juga jawatan Timbalan dan Naib Presiden.

Nampak gayanya peluang Mat Sabu untuk menang jawatan Timbalan Presiden makin semakin cerah. Walaupun kalau lawan 2 penjuru dengan Husam aku yakin Mat Sabu akan menang tapi kalau lawan 2 penjuru mungkin calon yang lagi satu akan menang.

Sebelum ni Ust Tuan Ibrahim dah pun bagitau takmau bertanding jawatan tu. Kalau Ust Tuan Ibrahim masuk besar kemungkinan Mat Sabu akan kalah.

Selain 2 orang ada lagi beberapa tokoh yang berpotensi untuk menang jawatan tu, walaupun tak saingan mungkin tak sekuat 2 tokoh tu tapi masih boleh bagi saingan sengit kalau lawan 2 penjuru.

Aku yakin tentu punya ada calon lain yang akan lawan dengan Mat Sabu, terutama sekali kalau betul macam khabar angin yang kata Ust Nasharuddin dah tak berminat nak pertahankan jawatan tu.

Apa-apa pun, nak kena tunggu jugak senarai pencalonan dari PAS kawasan-kawasan. Walaupun memang tak mencerminkan undi sebenar tapi masih boleh dijadikan ukuran kehendak perwakilan.

Lagi sekali aku nak tanya "Sapa sokong Mat Sabu angkat jatuh tangan!!"

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...