Akhirnya Ust Tuan Ibrahim buat pusingan U | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 24, 2011

Akhirnya Ust Tuan Ibrahim buat pusingan U

Harakahdaily melaporkan:
TEMERLOH, 24 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS dalam keadaan 'berat' dan merasakan "saya sedar saya bukanlah calon terbaik."

Beliau mengumumkan perkara ini jam 11 pagi hari ini dan yakin, "calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama."

Dengan pengumuman ini, sudah tiga calon mengesahkan untuk menyertai pertandingan jawatan timbalan presiden iaitu penyandang sekarang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu. - Hrkh.  
Sebelum ni, maksud aku, lama sebelum ni, masa kebanyakkan PAS Kawasan belum lagi buat mesyuarat agung, Ust Tuan Ibrahim dah keluarkan kenyataan yang dia tak berminat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.

Harakahdaily pada 24 Mac melaporkan:
“Saya sudah memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan melihat ramai pimpinan parti yang berwibawa, maka saya tidak berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden.

"Saya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden sekiranya ada pecalonan,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily hari ini. - Hrkh
Hari ni, Ust Tuan Ibrahim tukar pendirian dia dan mengumumkan untuk bertanding jawatan no 2 PAS tu.

Dengar cerita ada beberapa rombongan PAS dari beberapa pihak dalam PAS yang turun ke Pahang jumpa Ust Tuan Ibrahim minta dia ubah pendirian dia dan bertanding jawatan tu. Dengar ceritanya, puak-puak tu sangat-sangat berharap Ust Tuan Ibrahim bertanding lawan Mat Sabu.

Dengar ceritanya, ada jugak rombongan yang pi jumpa Ust Nasha minta dia tarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden tu. Depa harap sangat akan ada pertandingan hanya 2 penjuru antara Mat Sabu dan Ust Tuan Ibrahim.

Kalau betul pertandingan 2 penjuru, macam yang pernah aku tulis sebelum ni, aku rasa Ust Tuan Ibrahim akan menang jawatan Timbalan Presiden.

Apa pun, hak untuk bertanding atau tak mau bertanding adalah hak mutlak tuan diri. Tak kira la walaupun dah beribu kali keluarkan kenyataan takmau bertanding pun tapi di saat-saat akhir ubah fikiran nak bertanding pulak, memang layak untuk bertanding selagi jawab surat secara rasmi sebelum 26 Mei macam yang Jawatankuasa Pemilihan tetapkan.

Persoalan sekarang ni, mungkinkah Ust Nasha akan tarik diri?

Dibawah ni kenyataan rasmi yang Ust Tuan Ibrahim keluarkan yang menyatakan dia bersetuju untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.
Saya telah menerima surat rasmi dari Jawatankuasa Pemilihan PAS pada 22hb Mei 2011. Saya telah mendapat pencalonan untuk dua jawatan, iaitu Jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan.

Walaupun saya telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa saya lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerja saya dalam parti sebagai Naib Presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.

Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ianya suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkan semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan.

Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama amat terasa beratnya - dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya - dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama.

Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS Pusat
24 Mei 2011
Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...