Peristiwa 1.
Cuba memerangkap tapi terjolok sarang tebuan! Ketua Pembangkang mengemukakan soalan lisan no. 1 tentang kerugian GLC. Katanya 'sudah menjadi pengetahuan umum bahawa banyak GLC telah mengalami kerugian... dan dia menyenaraikan 4 GLC yang disakwa rugi, antaranya Kedah Agro Sdn Bhd dan YIKED Holding. Soalan ini dijawab oleh YB Dato' Hj Amiruddin Hamzah . Dalam jawapannya, yaqng berdasarkan penyata beraudit syarikat terbabit, tiada GLC yang rugi sejak 2008, malah Yiked Holding yang mengalami kerugian pada 2005 dan 2007, telah mencatat keuntungan walaupun kecil sejak 2008 hingga 2010.
Oleh kerana sangkaan tentang kerugian telah salah, maka Ketua Pembangkang yang belum puas hati membuat soalan tambahan mengenai pelaburan PKB di Papua New Genuea...adakah PKB membuat pinjaman off-shore kerana ada kunjungan pegawai kerajaan ke London untuk urusan itu (mana dia tahu ni...barangkali kerap ke London dan terjumpa orang kerajaan negeri di sana). Jawapan Dato' Amiruddin sekali mengecewakan beliau kerana setelah dipertimbangkan, pinjaman tersebut di batalkan oleh PKB.
Peristiwa penting muncul dengan soalan tambahan daripada YB Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil). Soalannya begini: “Berasaskan pengetahuan umum juga, pendapatan GLC sebelum tahun 2008 didakwa telah disalahgunakan untuk kepentingan politik UMNO, adakah dakwaan itu benar? Dato' Amiruddin bangun menjawab dengan merujuk penyata audit syarikat Seri Temin yang jelas bahawa memang benar dakwaan tersebut dengan penemuan-penemuan audit antaranya seperti berikut: (3 imej di atas)
Ada lagi tu... cukup setakat ni. (Bacalah sendiri....! Hebat dak depa dolu-dolu...? Bangkai gajah mana boleh tutup dengan sehelai daun pisang.)
Peristiwa 2
Kerajaan Pusat Macam Upah Berok naik Nyoq! Adun Belantek Mereka cerita....
[Baca sepenuhnya di blog Setpol MB Kedah]
Rakaman Video Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah
Isu bayaran bil Sada di Pejabat POS
Isu wang saku pelajar Al-Azhar
Isu penyelewangan duit GLC kerajaan Kedah masa Umno
Sidang media MB selepas Sidang DUN kedah
Sumber video: Facebook AwangJanggut
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis