Pasai apa pulak PAS nak kena tangguh pemilihan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 05, 2011

Pasai apa pulak PAS nak kena tangguh pemilihan?

Harakahdaily melaporkan: 
KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar mencadangkan supaya PAS menangguhkan pemilihan dalam parti sekiranya barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April ini.

Kata beliau, jika BN menang besar ada kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan berlangsung dalam tempoh yang singkat selepas itu.

“Pimpinan PAS kena buat keputusan sama ada perlu diteruskan pemilihan jawatan tertinggi parti atau tidak jika BN menang besar di Sarawak kerana mungkin PRU akan diawalkan dan tumpuan mesti diberikan kepada PRU sebab itu lebih penting.

“Pada saya eloklah tangguhkan pemilihan, sebab sudah tentulah jika berlaku pertandingan dalam masa yang singkat sebelum PRU, sedikit sebanyak akan menjejaskan sedikit tumpuan dan persiapan parti,”katanya. - Hrkh
Aku tak setuju langsung dengan cadangan bekas Setiausaha Agung PAS ni. PAS tak perlu tangguh pemilihan parti walaupun pilihanraya akan dibuat dalam masa terdekat.
 
Pasainya pemilihan parti tak sepatutnya sampai mengganggu tumpuan kepada pilihanraya. Lagi pun, tak tara mana hebatnya politik dalaman dalam PAS masa pemilihan selama ni pun. Kecuali kalau kali ni pimpinan PAS di peringkat pusat sendiri yang sungguh-sungguh main politik dalaman lebih dari pemilihan yang lepas.

Maksud aku kalau takat ada kempen nak naikkan calon pilihan masing-masing tak tara mana pun kesannya kepada parti. Lain la kalau calon-calon yang bertanding masing-masing buat jentera kempen yang buat kerja nak jatuhkan lawan masing-masing, memang la akan bagi kesan kepada parti.

Lagi pun kerja-kerja pilihanraya umum ni semuanya digerakkan di peringkat kawasan (parlimen) dan Dun masing-masing. Pemilihan di peringkat kawasan dah pun bermula dan akan habis hujung bulan ni.

Semua jentera pilihanraya di peringkat akar umbi ni tak terlibat dengan pemillihan pimpinan peringkat pusat kecuali beberapa orang dari setiap kawasan yang jadi perwakilan. Takkan pulak jentera pilihanraya diperingkat akar umbi ni nak jadi cempera pasai ada pemilihan di peringkat pusat.

Lagi satu, kalau la BN menang besar di Sarawak dan PAS tangguhkan pemilihan kali ni tapi Najib tak bubar parlimen dalam masa terdekat, bila pulak PAS nak buat pemilihan. Takkan PAS nak tangguh pemilihan sampai lepas PRU13.

Kalau Najib tak bubar jugak sampai ke tahun 2013 takkan kot PAS nak tangguh jugak pemilihan sampai tahun 2013. Ish! Takkan sampai macam tu kut PAS takut sangat dengan pemilihan. Takkan teruk sangat kesan pemilihan sampai PAS takut sampai macam tu sekali.

Kecuali la kalau Najib buat gila, suruh SPR bubar parlimen sebelum bulan Jun dan hari mengundi pulak berlaga dengan tarikh Muktamar Agung PAS.

Kalau sampai macam tu memang patut sangat-sangat la pemilihan ditangguhkan. Malah bukan pemilihan saja kena tangguh tapi dengan muktamar sekali kena tangguh sama.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...