Tawaran kabinet cukup bagus tapi tak meyakinkan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, April 04, 2011

Tawaran kabinet cukup bagus tapi tak meyakinkan

MalaysianInsider melaporkan: 
KUALA LUMPUR, 3 April — Pemimpin komuniti Kristian di Semenanjung dan Sarawak menyambut penyelesaian 10 formula Putrajaya diumumkan semalam untuk mengakhiri kemelut Alkitab, tetapi mereka mengharapkan hasil dalam bentuk tindakan yang sewajarnya, bukan hanya kata semata-mata.
 
Biskop Anglikan dari Kuching, Bolly Lapok, berkata beliau terkejut dengan “kemurahan hati” dan “sensitiviti” yang diperlihatkan oleh kerajaan persekutuan berhubung dilema tiga dekad ini.
 
“Komuniti Kristian mengalu-alukan (keputusan semalam) meskipun ia hanya ubat bagi satu simptom,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
 
Lapok berkata, beliau lega apabila melihat kerajaan pusat menunjukkan komitmen untuk menyelesaikan pertikaian yang sudah lama berlarutan.

“Ia satu jaminan. Tetapi kita pernah melihat jaminan seperti ini masa-masa lalu,” kata beliau sambil merujuk kepada peraturan yang berbeza bagi pengikut Kristian di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak. - TMI
Dari segi politiknya, memang tepat sekali tindakan  Biskop Anglikan dari Kuching ni. Pasainya puak-puak Umno BN ni takkan dengar rintihan rakyat, takkan nampak masalah rakyat kecuali masa tengah hangat kempen pilihanraya.

Tak kira masa PRK, PRU atau Pilihanraya Negeri, masa ni la pun Umno BN nak bukak telinga, nak bukak mata. Seboleh mungkin semua permintaan rakyat depa akan tunaikan kalau semua tu boleh menjanjikan balasan dalam bentuk undi.

Macam sasterawan negara A. Samad Said kata, pemimpin Umno ni jenis "bertelinga satu berlidah dua." Jenis yang suka bercakap tapi payah nak dengar orang lain bercakap. Cuma masa hangat kempen pilihanraya macam ni la pun yang depa nak dengar pun.

Persoalannya sekarang, setakat mana Umno BN sanggup nak layan permintaan kelompok orang kristian ni. Pasainya, permintaan bukan takat mempengaruhi undi orang kristian yang memang cukup besar di Sarawak tapi dalam masa yang sama secara tak langsung akan juga mempengaruhi undi orang Islam jugak.

Kalau tak layan takut undi orang kristian lari tapi kalau terlebih layan pulak takut undi orang Islam pulak lari.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...