Depa tentu penin pasai depa tentu ingat tawaran jalan penyelesaian yang macam tu punya liberal tentu Bible Society Malaysia akan terima dengan senang hati dan akan sokong kerajaan. Tiba-tiba timbul pulak Biskop Anglikan dari Kuching yang tak yakin dengan janji yang depa buat.
Hari ni pulak, bertambah lagi pening depa bila Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) kata nak cabar keputusan tu di mahkamah pulak.
Malaysiakini melaporkan:
Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan persatuan Islam utama di Malaysia sedang mempertimbangkan bagi mencabar kesahihan 'Formula Idris Jala' di mahkamah kerana didakwa mencabuli undang-undang dan perlembagaan persekutuan.Yusri minta kerajaan mengkaji semula keputusan tu dan kalau kerajaan tetap jugak dengan keputusan tu, PEMBELA akan cabar keputusan tu dimahkamah.
Ini termasuk Perkara 3, 11(4) dan Enakmen-enakmen Kawalan dan Sekatan Penyebaran Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam dan Seksyen 298, 298A Kanun Keseksaan 1936.
“Oleh itu edaran Bible Bahasa Melayu bukannya suatu keputusan yang boleh dibenarkan begitu sahaja atas tekanan mana-mana pihak.
“Formula Idris Jala ini jelas merupakan suatu keputusan mengalah dan menunduk kepada strategi konfrontasi, manipulasi dan mendesak yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan Kristian untuk mencapai tujuan mereka dalam isu ini.
“Pendekatan formula Idris Jala ini adalah satu trend yang tidak sihat serta akan menggalakkan berulangnya pendekatan konfrontasi dan manipulasi digunakan bagi menuntut sesuatu yang hakikatnya bercanggah dengan perlembagaan, undang-undang, sejarah dan budaya negara,” kata jurucakap PEMBELA, Yusri Mohamad (atas, kanan). - Mkini
Tak lama lepas tu Malaysiakini melaporkan pula:
Namun mengulas perkara itu, hari ini Hishamuddin menafikan kerajaan telah memuktamadkan penyelesaian tersebut.Yang aku mushkilnya takkan Idris Jala nak berani-berani buat kenyataan yang memang agak kontroversi sebelum ni kalau dia tak dapat arahan atau sekurang-kurangnya kebenaran untuk keluarkan kenyataan macam tu.
"Tiada yang telah dimuktamadkan berhubung perkara ini. Saya nasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi yang akan menjejaskan hubungan.
"Belum ada apa-apa yang dibentangkan kepada saya (selaku menteri dalam negeri). Kecuali semua pihak duduk semeja dan mencari penyelesaian dan dibentangkan kepada saya, orang ramai tidak harus buat spekulasi,” kata Hishamuddin. - Mkini
Mungkin jugak kut Hishamuddin tak dibagitau. Apa perlu Idris Jala nak bentangkan kepada Hishamuddin kalau dia sendiri dapat kebenaran kalaupun bukan arahan dari orang yang lebih atas.
Nampaknya polinik pasai isu Alkitab ni makin menarik. Lagi menarik kalau PEMBELA lebih keras sikit lagi, mintak penjelasan dari menteri dalam masa 48 jam (macam cara yang selalu PERKASA guna). Tentu lebih panas punggung Hishamuddin.
Lagi cantik kalau lepas ni wartawan pi tanya pulak komen Jamil Khair dan Koh Tsu Koon, mungkin depa dua ni pun akan melompat sama macam Hishamuddin.
Tapi kena cepat la, pasai aku rasa skrip untuk depa berdua ni pun tak siap lagi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis