KUCHING, 3 April (Bernama) -- Tinggal 48 jam lagi sebelum hari penamaan calon, Barisan Nasional (BN) menimbulkan tanda tanya apabila hari ini ia mengumumkan nama semua calonnya pada pilihan raya negeri 16 April ini kecuali bagi kawasan Ba'Kelalan yang terletak di tanah tinggi Bario.Mstar semalam menyenaraikan kesemua kesemua kerusi dengan nama calon berdasarkan parti komponen yang akan bertanding, dan memang minteri bila kerusi Ba'kelalan tak dinamakan calonnya tapi diletak status "(misteri)"
Ba'Kelalan dilaporkan turut disasarkan oleh ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Baru Bian yang dua kali gagal di kerusi itu dan pada pilihan raya negeri 2006 tewas tipis dengan 475 undi.
SPDP kekal menjadi satu daripada empat parti komponen BN negeri dan diperuntukkan lapan kerusi untuk bertanding pada kali ini termasuk Ba'Kelalan.
"Kami mahu anda terus meneka, kami akan cari calon yang betul supaya rakyat boleh mengundinya," kata Tan Sri Adenan Satem, Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen terbesar BN Sarawak dan penasihat khas kepada Ketua Menteri dan Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. - Bernama
Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP)Pagi tadi masa mengope di kedai kopi, aku sempat baca Utusan, ada cerita pasai kerusi Ba'kelalan ni. Utusan tulis kerusi Ba'kelalan ni belum dinamakan calon yang akan bertanding sebab Baru Bian tak puas hati dengan keputusan PKR. Lebih kurang macam tu la yang Utusan tulis. Aku cari dalam utusan online pasai ni tapi tak jumpa pulak.
N.2 (Tasik Biru) - Datuk Peter Nansian Ngusie
N.34 (Krian) - Datuk Peter Nyarok Entrie
N.41 (Pakan) - Datuk Sri William Mawan IkomN.42 (Meluan) - Wong Judat
N.61 (Bekenu) - Rosey Yunus
N.66 (Marudi) - Sylvester Entri Muran
N. 69 (Batu Danau) - Palu @ Paulus Palu Gumbang
N.70 (Ba'kelalan) - (misteri) - mStar
Adakah ini membayangkan kemungkinan Baru Bian akan berubah jadi katak dan bertanding atas tiket BN?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis