MCA tak mengaku depa sokong judi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 05, 2011

MCA tak mengaku depa sokong judi

Semalan berlangung pertemuan antara MCA dan kerajaan negeri kelantan berkenaan isu judi tiket loteri.
 
Dalam pertemuan tu, MCA secara terang dan berjamaah bagitau yang depa tak sokong judi dan depa pun menafikan yang judi adalah budaya orang cina. Cuma pemimpin Umno ja yang kata berjudi tu budaya prang cina.

MCA bagitau yang depa pertahankan penjualan judi tiket loteri bukan atas asas judi tapi atas asas hak dan kebebasan untuk orang bukan Islam untuk berjudi atau untuk tak berjudi.

Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek bagitau, "“Apa pun sumber dari surat khabar bukan kenyataan tepat sebagaimana maksud sebenar” dia kata dia tak kata pun yang judi tu adalah kepercayaan agama sesetengah orang cina .


Jadinya, sapa yang sokong judi ni sebenarnya. 

PAS dah tentu-tentu tak sokong judi. PKR dan DAP dah lama bagitau yang depa tak sokong judi. Yang sokong judi selama ni hanya Umno. Umno bukan setakat sokong judi tapi sanggup sampai nak jadi penggalak judi.

Umno pun kalau boleh takmau sokong judi pasai sokong judi ni tak menguntungkan dari segi politik Umno yang mengaku pejuang melayu dan Islam, tapi nak buat macamana, sebahagian besar penyumbang dana kepada Umno mai dari tokey-tokey judi. Kalau tokey judi bisness tak jalan macamana nak bagi komisyen kat Umno.

Pasai tu Dr. Awang Adek pernah cadangkan bagi pihak kerajaan untuk menghalalkan judi bola. memang tokey judi untung besar la kalau boleh buat judi bola secara terang-terang. Tapi bila semua pihak termasuk orang bukan Islam nampak bantah, Umno terpaksa tarik balik cadangan tu.

MCA pulak sebenarnya dah taktau nak buat apa dah sekarang ni. Orang cina majoritinya takmau dah kat MCA. Isu judi ni saja pun yang ada yang boleh MCA main dengan harapan boleh nak tarik balik sokongan sebahagian orang cina.

Harakahdaily melaporkan:
Catatan perjumpaan Presiden MCA dengan pimpinan kerajaan negeri Kelantan berhubung pengharaman judi pada 3 April 2011, Jam 2.30 Petang di Bilik Mesyuarat MMK, Tingkat Bawah Blok 1, Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Demi survival politik di kalangan pengundi Cina, MCA sudah bersikap membetul diri sebagai usaha terdesak memaut sokongan pengundi Cina. Perjumpaan MCA dengan Kerajaan Negeri Kelantan adalah suatu engagement untuk memastikan langkah politik MCA tidak kelihatan sumbang.

Justeru pemimpin MCA telah menafikan kesemua sedutan ucapannya yang dilaporkan oleh surat khabar, khususnya berkaitan dakwaan Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyifatkan berjudi sebagai budaya Cina dan merupakan sebahagian kepercayaan orang Cina. Justeru, MCA sudah membangkang larangan judi di Kelantan.

Memahami realiti tersebut, berikut diperturunkan kandungan penting ucapan/kata-kata pemimpin MCA dan Kerajaan Negeri semasa perjumpaan antara parti dengan Kerajaan Negeri tersebut. - Hrkh

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...