Nasib baik PAS tak penakut | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Disember 17, 2010

Nasib baik PAS tak penakut

[Pimpinan PAS yang berani - muktamar55]
Dalam entry aku sebelum ni, aku labelkan parti yang tangguh pemilihan sebagai penakut. Nasib baik la PAS tak penakut. Harakahdaily melaporkan:
TEMERLOH, 15 Dis: Walaupun Umno, MCA dan DAP telah mengumumkan untuk menangguhkan pemilihan parti mereka yang dijadual pada tahun depan ke tahun 2012, PAS bagaimanapun kekal meneruskan muktamarnya.

“Kata sepakat ini diperolehi dalam mesyuarat Jawantankuasa PAS pusat pada Ahad lalu yang membincangkan pelbagai isu parti,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berkata muktamar bagi semua peringkat kawasan akan berlangsung pada bulan Januari, 2011 manakala muktamar PAS Pusat akan berlangsung bulan Jun nanti.

“Walaupun muktamar tahun hadapan adalah tahun pemilihan, PAS menganggap ia tidak akan menimbulkan masalah besar bagi parti, bahkan muktamar di semua peringkat samada di cawangan, kawasan, negeri dan pusat adalah pemangkin kepada pembinaan semangat juang bagi menghadapi PRU akan datang. - Hrkh
Mungkin kut ada wartawan nak harap ada percanggahan dikalangan pimpinan PAS, ada yang pi tanya TG Nik Aziz. Malangnya TG Nik Aziz pun cakap nada yang sama.
KOTA BAHARU, 16 Dis (Bernama) -- PAS tidak bercadang menangguhkan muktamar agung parti itu tahun hadapan walaupun pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tak ada sebab PAS hendak berbuat demikian," katanya kepada pemberita ketika dtemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka dekat sini Khamis.

Beliau ditanya kemungkinan PAS menangguhkan pemilihan pada muktamar agung parti itu tahun depan, jika pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat ini. - Bernama
Jadinya, confirm la, PAS bukan parti penakut, yang menganggap pemilihan dalam parti akan memporak-perandakan parti. Pas sebaliknya mengganggap pemilihan dalaman parti akan memperkuatkan lagi parti, pemilihan perti sebenarnya adalah peluang untuk memilih parti yang terbaik untuk masa akan datang.

Apa pun, PAS kena ambik pendekatan berjaga-jaga, jangan sampai musuh ambil peluang mengkucar-kacirkan parti masa pemilihan tahun depan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...