Isu Alkitab - Najib dipeningkan lagi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 15, 2011

Isu Alkitab - Najib dipeningkan lagi

Malaysianinsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 14 April — Dilihat sebagai langkah melahirkan protes umat Islam berhubung isu Alkitab, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan perhimpunan aman membantah keputusan Putrajaya melepaskan 35,100 naskhah kitab Injil versi Bahasa Malaysia, esok.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider jurucakap Pembela, Dr Yusri Mohamad berkata, perhimpunan aman yang disertai 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan diadakan di pekarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat esok.

“Kita anjurkan perhimpunan itu untuk menzahirkan pandangan dan suara pertubuhan-pertubuhan Islam yang turut mewakili masyarakat Islam bagi mempertahankan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

“Perhimpunan ini adalah untuk membantah tindakan kerajaan membenarkan naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia termasuk penggunaan kalimah Allah,” katanya.

Kata beliau, pihaknya tetap bertegas membantah tidak membenarkan 35,100 kitab Injil atau Alkitab yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching dilepaskan. - TMI
Maknanya hari ni la demo tu, lepas solat Jumaat di perkarangan Masjid Negara. Yang ada kelapangan jangan segan-segan berhimpun ramai-ramai kat sana.

Tak kira untuk yang setuju atau yang tak setuju dengan isu ni, janji hangpa tak setuju dengan Najib Umno BN memang patut berhimpun ramai-ramai. Biar Najib bertambah penin kepala. Lagi ramai yang berhimpun, lagi pening kepala Najib.

Nak tau tahap mana Najib pening kepala pasai isu ni, kita tengok macamana penerimaan PRU. Kalaui ramai geng kepala merah di Masjid Negara tengahari ni maknanya memang teruk sangat pening kepala Najib tu. Dah la dok pening takut sangat BN kalah di Sarawak.

Macamana tak pening kepala, dia ingatkan dengan tawaran 10 penyelesaian untuk isu tu, orang Kristian akan terima dengan hati yang terbuka sambil memuji-muji, rupa-rupanya depa tak percaya.

Kalau sebelum ni Pemuda Majlis Gereja Malaysia (CCM) bagi Najib penin bila depa anggap penyelesaian 10 perkara tu tergesa-gesa dan tidak tepat.

Kali ni Persekutuan Gereja Malaysia (CFM) pulak kata tak yakin. MalaysianInsider melaporkan:
PETALING JAYA, 14 April — Persekutuan Gereja Malaysia (CFM) masih kekal tidak yakin dengan formula 10 perkara yang diumumkan oleh Putrajaya pada 2 April lalu bagi menyelesaikan isu Alkitab sambil mendakwa pendekatan itu hanya sebagai “langkah ad hoc dan jangka pendek” semata-mata.

Pertubuhan itu menegaskan formula tersebut masih belum menyelesaikan isu berkaitan dengan penggunaan kalimah “Allah.”

“Kami menganggap penyelesaian 10 perkara sebagai penyelesaian ad hoc dan jangka pendek,” kata Presiden CFM Ng Moon Hing di sini hari ini.

Ng menjelaskan formula 10 perkara sebenarnya telah gagal menangani isu akar umbi yang menyelubungi masyarakat Kristian, yang melarang penerbitan yang mempunyai kalimah “Allah.”

Beliau kemudian memetik tiga undang-undang yang dilihat sebagai punca kepada masalah semasa, iaitu:

— Larangan Alkitab 1982 dan larangan 1983 ke atas “Perjanjian Baru” di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas alasan Alkitab adalah ancaman kepada kepentingan keselamatan Negara

— Perintah pentadbiran 1986 melarang penggunaan kalimah “Allah” dalam penerbitan Kristian atas alasan ketenteraman awam dan untuk mengelakkan salah faham antara komuniti Islam dan Kristian

— Garis panduan bahagian kawalan dan penerbitan buku teks Al-Quran yang melarang penggunaan kalimah Allah “(Langkah) satu negara dua dasar mengelirukan dan tidak boleh diterima,” kata Ng.

“Kami mengulangi bahawa kitab Injil adalah kitab suci kami dan hak kami untuk membaca dan berdoa dalam bahasa pilihan kami, sebagaimana kebebasan untuk beragama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ng. - TMI

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...