Katak-katak yang melompat itulah PEJUANG sebenar! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 15, 2011

Katak-katak yang melompat itulah PEJUANG sebenar!

Oleh: KulubSakah

hari ini aku tersedar yang aku telah tersilap. selama ini aku juga macam orang lain, menuduh pejuang-pejuang yang dulunya gah tetapi kemudiannya menjadi katak itu pengkhianat. aku salah. aku terikut-ikut dengan orang lain mengatakan ezam, zul nodin, lokman adam, gobala mahu pun hari ini RPK adalah pengkhianat. aku minta maaf kepada mereka.

sebelum menuduh mereka pengkhianat aku kaji diri aku dulu. adakah aku telah melangkah sejauh mereka sebelum aku gugur dan melompat menjadi katak? pernahkah aku menganjurkan demo besar-besaran, berkempen membongkar rahsia-rahsia penyelewengan pemimpin negara, mengedarkannya ke setiap pelosok negara seperti yang telah mereka lakukan? pernahkah aku berpidato membakar rakyat sehingga kerajaan goyang dengan aku? pernahkah aku ditangkap, diseksa, dilokap, dibicara atau aku lari meninggalkan negara dan merempat di tempat orang?

tak pernah.....layakkah aku menuduh mereka pengkhianat dalam perjuangan sedangkan aku sendiri tak pernah buat apa yang mereka buat, lepas tu aku pun gelarkan diri aku pejuang juga? jika mereka gugur dan melompat pun mereka telah melakukan semua itu sedangkan aku hanya dok dengar ceramah, pasang bendera, hulur seringgit dua, bertempik takbir saja. itu pun aku bangga mendabik dada mengatakan aku pejuang. ada juga yang mengutuk mereka pengkhianat tapi muka kamu sendiri pun kamu tak berani nak angkat...

sekurang-kurangnya mereka berjuang dan sehingga hari ini juga sebenarnya mereka masih lagi berjuang menjatuhkan BN. mereka walaupun dah melompat dan mengutuk PR tetapi tingkah laku mereka sebenarnya membuatkan orang bertambah benci lagi kepada BN. Tidakkah itu menunjukkan yang mereka sebenarnya masih lagi sedang berjuang membuat rakyat membenci BN?

Ezam dan zul nodin hari ini sedang berjuang menjatuhkan BN dengan mengutuk anwar. makin kuat dia kutuk makin benci rakyat kepada BN. Perjuangan Zul dan Ezam ini harus kita puji.

Jangan buruk sangka dengan mereka. Jasa mereka dalam perjuangan menjatuhkan BN semalam dan hari ini sangat besar. Kita aje yang masih pengecut dan tak berani. Kita ini jika dibandingkan dengan mereka sangat jauh bezanya. mereka adalah pejuang sementara kita adalah lepat pisang.

Sumber: KulubSakah.

Komen aku:
Betul jugak tu. Maknanya untuk PRN Sarawak kali ni, pejuang paling hebat yang menyumbang ke arah kejatuhan BN Sarawak, tak lain tak bukan adalah Taib Mahmud sendiri. Lagi bersungguh-sungguh dia tak mau berundur lagi menguntungkan Pakatan Rakyat khasnya dan rakyat Sarawak amnya.

Hidup Taib Mahmud!!!
Hidup Taib Mahmud!!!
Hidup Taib Mahmud!!!
Mampos Umno!!!

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...