Aku tak peduli sangat berapa kerusi PR menang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 14, 2011

Aku tak peduli sangat berapa kerusi PR menang

Harakahdaily melaporkan:
KUCHING, 14 April: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.

(Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti)

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%). - Hrkh
Aku tak berapa peduli berapa kerusi yang calon PKR menang, berapa kerusi yang DAP menang. Aku tak peduli sangat samada Sarawak akan dapat Pakatan Rakyat tawan atau tidak. Aku tak peduli sangat tepat ka tak tepat ramalan Zentrum Future Studies tu. Kalau dapat nafikan 2/3 majoriti BN pun dah cukup bagus bagi aku.

Yang pentingnya PRN Sarawak kali ni dah buka satu dimensi baru untuk politik Sarawak. Orang dayak dan lain-lain suku orang asal di Sarawak dah berani melawan malah orang melayu melanau pun dah semakin ramai yang tak sokong PBB lagi.
Dengan sambutan yang cukup hebat kali ni aku yakin masa PRU13 nanti banyak kerusi parlimen yang akan PR dapat tawan. Yang tu yang lebih penting.

Realiti politik di Malaysia ni, kalau takat dapat perintah negeri tak banyak mana yang boleh buat pun. Kut mana pun nak kena boleh dapat tumbangkan Umno BN di peringkat nasional baru boleh ubah dasar. Baru boleh perbetul banyak kemungkaran yang Umno dan BN dah buat lebih 50 tahun.

Kalau betul rakyat Sarawak dah berani tolak BN aku yakin gelombang tu akan merebak ke seluruh negara masa PRU13 nanti dan Umno BN akan dapat ditumbangkan.

Apa pun yang paling penting untuk PRN Sarawak kali ni, harapan semua ahli dan penyokong PAS agar PAS berjaya lahirkan 'anak sulung' untuk Dun Sarawak. Kalau dapat 'anak kembar dua' lagi baik. Kalau dapat 'anak kembar tiga' memang bonus besar untuk PAS. Kalau dapat 'anak kembar lima' semua orang tak percaya.

Insyaallah, syiar Islam akan berkembang lebih hebat di bumi Sarawak dengan kelahiran 'anak sulung' PAS tu. Dan aku harap sangat cadangan aku supaya PAS tubuhkan Pusat Khidmat Penyelia Dun untuk Dun yang kalah tu jadi kenyataan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...