Polis Daerah Sri Aman hari ini mengesahkan menerima laporan satu insiden melibatkan tembakan senjata api yang dilepaskan oleh seorang calon BN.Gila sungguh puak-puak BN ni. Macamana boleh sampai keluarkan pistol pulak tu katanya tembak setiausaha sendiri. Memang bangang.
Calon BN bagi DUN Bukit Begunan itu, Mong Dagang didakwa melepaskan tembakan yang mengenai seorang individu, dipercayai seorang pegawainya.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum jelas sama ada tembakan yang dilepaskan itu dibuat dengan sengaja ataupun tidak kerana siasatan polis masih berjalan.
"Kita siasat bawah Akta Senjata Api. Lepas siasat, kita akan serah laporan pada pihak atasan," kata Ketua Polis Daerah Sri Aman ASP Mat Jusoh Muhamad kepada Malaysiakini.
"Jika dibuat secara sengaja, ada unsur jenayahlah. Tetapi perkara ini masih dalam siasatan dan saksi-saksi akan dipanggil (membantu siasatan)." - Mkini.
Kalau ikut standard PAS, setiap calon akan ada yang dipertanggungjawabkan dalam hal keselamatan dia. Bukan setakat diri calon, malah kaum keluarga dia sekali. Rumah dia pun akan ada yang tolong kawal. Benda macam tu dah kira tahap wajib kena ada.
Bukan pasai calon takut, tapi nak elak berlaku kejadian yang tak diingini. Kalau apa-apa berkalu, semua orang akan susah. Dah tentu punya strategi dan jadual kempen akan terganggu. Yang lebih penting lagi, nak pastikan calon tu fokus kepada tugas dia. Benda-benda lain dia tak perlu fikir. Semua orang lain tolong handle.
Ada banyak persepsi yang boleh timbul dari tindakan bangang calon BN tu.. Yang paling serius berkenaan lesen memiliki senjata api. Kalau mamat tu takdak lesen memang masak la BN kena belasah. Bukan kecik anak punya salah, kalau sabit boleh sampaii hukum mati.
Yang kedua, kalau pun calon tu ada lesen, apa perlunya pistol untuk dia dalam masa kempen ni. Takkan BN yang "kaya raya" tak mampu upah orang jaga keselamatan calon.
Yang ketiga, takkan kut sampai tembak setiausaha sendiri. Tang dia marah sangat tuu pasai apa. Takkan dia tertekan sangat takut kalah sampai setiausaha sendiri pun dia nak tembak.
Macam-macam lagi persepsi yang boleh timbul. Yang pentingnya takkan ada persepsi yang buruk dalam insiden tu. Apa pun puncanya, dah tentu punya akan melambangkan betapa teruknya pemimpin BN.
Yang paling penting sekali, aku harap pengundi di Dun Bukit Begunan tak terlalu bangang untuk undi calon yang senang-senang keluarkan pistol dan tembak orang. Kalau dia menang tak mustahil ada pengundi dia yang akan kena tembak jugak nanti.
Nampak gayanya, semakin dekat dengan hari mengundi, semakin banyak petanda BN Sarawak akan bungkus.
Apa pun, yang paling penting, PRN Sarawak kali ni, PAS akan berjaya lahirkan "anak sulung' di Dun Sarawak dan calon PAS yang kalah aku harap akan dilantik sebagai Penyelia Dun.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis