KUANTAN, 15 April: Kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakub untuk menutup semua kilang di Gebeng jika Lynas Corporation yang memproses ‘rare earth’ tidak dibenarkan beroperasi disifatkan sebagai ugutan.Aku mushkil betui, awatnya MB Pahang ni nampak sayang sangat dengan kilang beradioaktif kepunyaan Lynas ni.
Pengerusi Majlis Bertindak Rakyat Negeri Pahang, Syed Ali Badaruddin Syed Othman, menganggap kenyataab bersifat ugutan tersebut dibuat setelah Kerajaan Negeri Pahang terdesak dengan bantahan rakyat dan tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Syed Ali memberi reaksi demikian kepada Harakahdaily, bagi mengulas kenyataan Adnan semalam ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ke 12, yang berkata kilang-kilang lain juga perlu ditutup sekali kerana mereka turut mengeluarkan bahan radioaktif.
“Jika kerajaan mengambil tindakan menghentikan projek Lynas, maka kilang-kilang lain juga perlu ditutup sekali karana mereka turut mengeluarkan bahan radioaktif.
“Kita lihat nanti reaksi keluarga serta 20,000 pekerja Gebeng sekiranya kerajaan negeri terpaksa mengambil tindakan menutup seluruh kawasan perindustrian tersebut,” kata Adnan semasa mencelah perbahasan berkaitan kilang Lynas.
Lynas Corporation Ltd (Lynas) merupakan syarikat milik penuh Australia yang memproses ‘rare earth’ bagi tujuan industri. Bahan tersebut dipunggah dari Australia manakala sisa pemprosesan iaitu bahan buangan thorium yang dikatakan mengandungi bahan radioaktif yang berbahaya kepada manusia dan alam itu, dilupuskan di Kuantan. - Hrkh
Tahap sayang dia dengan kilang yang belum mula beroperasi ni sampai tahap sanggup dia sebelahi kilang tu berbanding dengan 20,000 pekerja sedia ada di Gebeng.
Takkan dia tak sedar selama ni industri di Gebeng tu la yang banyak membantu menaikkan taraf negeri Pahang dari sudut industri.
MB Pahang yang jugak pengerusi Umno negeri ni memilih menyebelahi kilang yang cukup berisiko tinggi ni sampai sanggup ugut nak tutup periuk nasi 20,000 rakyat negeri dia sendiri.
Teruk sangat dah ka kerajaan negeri Pahang sampai terpaksa mempertahankan sebuah kilang yang kontroversi sampai macam tu sekali. Ataupun yang akan teruk cuma Adnan dan mungkin Umno Pahang pasai tak berpeluang nak "makan komisyen".
Nampak macam kalau kilang tu tak dibenarkan beroperasi negeri Pahang akan bangkrap atau mungkin lebih teruk dari tu. Ataupun mungkin Adnan sendiri yang akan bangkrap dan melingkup.
Aku yakin mesti ada benda yang Adnan sembunyikan berkenaan kilang tu. Dah tentu punya ada 'perjanjian' antara Lynas Corperation dengan Adnan sendiri. Aku yakin kalau kilang tu tak dibenarkan beroperasi akan ada rahsia yang akan terdedah yang akan melingkupkan Adnan sendiri.
Kalau takat takut hilang nilai pelaburan dan peluang pekerjaan untuk rakyat Pahang takkan Adnan sanggup ugut nak tutup semua kilang di Kawasan Perindustrian Gebeng tu. Tentunya ada sebab lain yang lebih besar. Tentu ada sebab lain yang cukup besar sampai Adnan sanggup ambil risiko sampai macam tu sekali.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis