Semalam pada pukul 8.30pg, diseluruh sekolah di daerah Larut,Matang Dan Selama, para guru diminta supaya datang ke pejabat sekolah masing-masing. Seorang demi seorang masuk ke pejabat/tempat dikhaskan. Mereka diedar sehelai borang untuk diisi.Apa lagi rasionalnya cikgu diminta isu borang macam tu. Untuk apa cikgu disuruh isi borang pasai butir-butir untuk mengundi, langsung tak relevan. Memang takdak lain dah melainkan nak takutkan para cikgu.
Dalam borang itu nama guru yang bakal mengisi borang itu siap dinyatakan. Beberapa butiran yang BUKAN berkaitan dengan PENDIDIKAN diwajibkan untuk diisi. Antaranya ialah tempat tinggal pengisi borang, daerah mengundi, parlimen mengundi dan sebagainya...
Ini mencetuskan kegusaran dikalangan para guru...(diberitakan bahawa para guru di daerah LMS kebanyakannya menyokong Pakatan Rakyat)...
Menariknya, segala butiran yang diminta untuk diisi boleh dicari sendiri oleh Jabatan Pendidikan Daerah melalui SPR...Tetapi, kenapa para guru diminta untuk mengisi borang itu? Butiran yang diminta adakah mempunyai kaitan dengan Prestasi Peperiksaan/pendidikan Sekolah?
Dalam adat berperang, membunuh musuh bukan perkara yang benar-benar mencabar...yag mencabarnya ialah MEMBUNUH semangat juang musuh...
Adakah ini sesuatu cara untuk Membunuh Semangat Para Guru yang semakin giat untuk menumbangkan Kerajaan BN? Adakah tektik ini digunakan untuk menakut-nakutkan Para Guru? sumber
Nampak gayanya, Umno BN memang takut dengan buku jingga. Dalam buku jingga memang jelas Pakatan Rakyat janji nak bagi elaun tambahan RM500 untuk setiap guru sebagai janji 100 hari kalau dapat memerintah negara.Depa takut cikgu ramai-ramai sokong Pakatan Rakyat.
Sebelum-sebelum ni, memang banyak cerita pasai tekanan yang dibagi kepada kakitangan kerajaan terutamanya kalangan cikgu. Sampai ada cikgu yang takut nak pi dengar ceramah PAS. Pasainya depa percaya ada SB khas yang kerjanya pantau guru-guru yang pi dengar ceramah dan bagi laporan kepada PPD.
Ada jugak yang agak berani sikit, pi jugak dengar ceramah tapi tak berani nak bawak kereta sendiri pasai katanya ada SB yang kerja depa ambil gambar kereta cikgu-cikgu yang pi ceramah dan gambar tu diserah kepada PPD.
Betul atau tak aku taktau tapi memang ramai cikgu-cikgu yang aku kenai yang percaya. Terutama sekali bagi cikgu-cikgu yang hanya pentingkan jawatan dan gaji. Takut sungguh depa kalau dikaitkan dengan parti pembangkang, takut tak naik pangkat.
Lagi satu, cikgu-cikgu ni memang ramai yang cukup takut dikaitkan dengan parti pembangkang pasai takut kena tukar. Realitina, kalau ada pun berapa orang sangat yang kena tukar betul-betul pasai politik. Takkan pasai pi dengar ceramah pun nak kena tukar.
Kesian para cikgu... takpa laa... nak buat macmana. Tapi kalau para cikgu sama-sama kempen bagi kesedaran berpolitik kepada masyarakat terutamanya masyarakat melayu kampung yang cuma kenal 'Kapal Layar' dan Umno BN ditewaskan pada PRU13, tentu punya kehidupan para cikgu akan lebih baik lagi...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis