mStar melaporkan:
KUCHING: PAS Sarawak dijangka menyenaraikan dua calon wanita untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu (N.3) dan Muara Tuang (N.15) pada pilihan raya negeri 16 April ini.Hebat muslimat PAS Sarawak, 3/5 dari calon PAS dari kalangan muslimat. Aku yakin lepas ni tentu macam-macam yang BN akan kata pasai isu calon muslimat ni. Aku harap PAS Sarawak dah siap skima jawapan untuk soalan-soalan yang mungkin akan ditanya, terutama sekali pasai apa letakkan muslimat di kerusi Tanjong Datu dan Muara Tuang tu yang boleh dikategorikan sebagai 'kerusi maut',
Perkara itu diumumkan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid ketika ditemui pemberita selepas sidang media berhubung kerusi yang akan ditandingi DAP dan PAS di sini malam Khamis.
"Pada pilihan raya kali ini, kami meletakkan dua calon wanita, seorang muda manakala seorang lagi sudah berkahwin. Kebetulan kami ada tokoh muslimat di situ malah seorang daripada mereka merupakan peguam.
"PAS pusat sudah merestui calon yang telah disenaraikan. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka datang pada hari penamaan calon untuk memberikan sokongan," katanya di sini. - mStar
Apa pun, selamat berjuang untuk muslimat PAS.
Dalam posting aku sebelum ni aku senaraikan 5 kerusi yang PAS akan bertanding adalah Beting Maro, Sebuyau, Senadin, Tanjong Datu dan Muara Tuang.
Tiba-tiba aku terbaca berita dalam Harakahdaily yang tulis PAS bertanding termasuk di Saadon Jaya dan tak pulak ditulis Senadin. Takkan aku silap kut pasai maklumat pasai 3 Dun yang PAS memang berusaha untuk bertanding tu termasuk Dun Senadin.
Rupa-rupanya aku tak silap, PAS dan PKR sebenarnya dah setuju untuk tukar kerusi.
mStar melaporkan:
Sementara itu, beliau memberitahu, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mencapai kata sepakat untuk bertukar kerusi di DUN Senadin dengan DUN Sadong Jaya.Pada PRN 2006 keputusan pilihanraaya macam kat bawah ni.
"Calon PAS di Senadin belum bersedia dan bukan beragama Islam. Jadi kami memutuskan untuk bertukar kerusi dengan PKR di Sadong Jaya. Kami sudah memaklumkan perkara tu kepada PAS pusat pada Khamis dan mereka sudah bersetuju," jelasnya. - mStar
N20 SADONG JAYA
Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (menang) BN PBB 2,715
Piee bin Ling PKR 1,857
Majoriti 858
Peratus Undi 67
Undi Rosak 67
N65 SENADIN
Lee Kim Shin (menang) BN SUPP 7,173
Chai Chook Fui PKR 2,374
Majoriti 4,799
Peratus Undi 57.74
Undi Rosak 127
Kalau tengok dari segi majoriti undi tu, majoriti di Senadin lebih besar dari di Sadong Jaya.
Sumber: Keputusan pilihanraya Sarawak 2006
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis