Memang betul pun Malaysia berada di landasan yang betul dalam memerangi rasuah. Tambah-tambah pulak kalau rakyat Sarawak buat keputusan hujung minggu ni tumbangkan BN. Dah tentu rasuah di Sarawak akan berjaya diperangi.
Sebelum tahun 1990, rasuah di Kelantan cukup berleluasa. Pasai tu bila PAS berjaya ambil alih kerajaan Kelantan, hutang yang terpaksa ditanggung beratus juta sampai pemimpin Umno kata Kelantan akan bangkrap dalam masa 3 tahun. Tu semua bahana rasuah dan penyelewengan la tu.
Bila PAS memegang kuasa di Kelantan memang rasuah berjaya diperangi. Sampai hari ni setelah 20 tahun memerintah belum ada lagi yang kena kes rasuah di Kelantan. Padahal TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar bagi izin kepada SPRM (dulu BPR) untuk masuk pejabat menteri besar bila-bila masa, buka 24jam untuk SPRM buat kerja dia kata.
Macam tu jugak bila PAS memerintah Terengganu sepenggal, rasuah memang berjaya diperangi. Takdak jugak yang didakwa pasai rasuah di Terengganu masa tu.
Malaysia memang dah ada di landasan yang betul. Cumanya selepas PRU11 tergelincir sikit dari landasan. Satu Malaysia tergelincir termasuk Terengganu. Cuma Kelantan saja masih ikut landasan yang betul.
Selepas PR12 lagi la nampak yang Malaysia berada di landasan yang betul bila 4 lagi negeri lalu ikut landasan tu. Di Penang, Kedah, Selangor dan Perak memang rasuah berjaya diperangi. Sampai sekarang ni walaupun ada siasatan yang SPRM buat masih belum ada yang dibuktikan bersalah terlibat dengan rasuah.
Cuma negeri Perak saja yang tergelincir dari landasan yang betul. Tu pun sebab umno BN punya angkara, rosakkan landasan yang betul tu dan kerajaan pakatan Rakyat Perak tergelincir lalu tumbang. Selepas tumbang memang ada dengar di Perak yang didakwa pasai rasuah.
Kalau PRN Sarawak kali ni rakyat Sarawak pilih untuk tumbangkan BN aku yakin di Sarawak pun rasuah akan berjaya diperangi. Walaupun lebih 30 tahun Taib Mahmud perintah Sarawak dengan rasuah dan penyelewengan sampai jadi kaya anak beranak kaum kerabat semua berbillion-billion tapi aku yakin kalau Baru Bian berjaya dilantik jadi Ketua Menteri lepas ni, rasuah akan juga berjaya diperangi di Sarawak.
Kalau tak menang pun tapi pakatan Rakyat berjaya nafikan 2/3 majoriti Dun Sarawak, aku yakin rasuah di Sarawak akan dapat diperangi cumanya sikit saja la, takkan sama macam di Kelantan, Penang, Kedah dan Selangor.
Kalau BN jatuh di Sarawak, kemungkinan Putrajaya untuk jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sangat-sangat cerah. Masa tu, aku yakin rasuah akan benar-benar dapat diperangi di seluruh negara walaupun masa tu mungkin Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang masih lagi Umno BN yang menang.
Jadinya, memang tepat sekali macam yang TPM kata, Malaysia memang di landasan yang betul perangi rasuah.
Nak perangi rasuah kat Malaysia ni bukannya susah sangat. Perangi Umno BN sungguh sungguh sampai tumbang rasuah juga akan tumbang. Pasainya Umno dan rasuah ni macam isi dengan kuku.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis