Patutkah kita ucapkan 'alhamdulillah' harga getah jatuh? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 23, 2011

Patutkah kita ucapkan 'alhamdulillah' harga getah jatuh?

Aku ingat lagi, masa tengah panas kempen PRK Tenang dulu, aku ada sembang dengan sorang member. Aku ada kata kat dia "Patut dak kita berdoa supaya harga getah dan kelapa sawit jatuh macam satu masa dulu?"
 
Memang soalan tu tak sepatutnya ditanya pun, semua orang yang waras akan marah kalau ada yang berkepala sewel berani buat cadangan macam tu.
 
Realitinya, kesan kenaikan harga barang kesan pengurangan subsidi akhir-akhir ni sebenarnya sangat kurang bagi kesan kepada pengundi melayu di kawasan pendalaman terutamanya yang terlibat dengan sektor getah dan kelapa sawit. Malah ada dari kalangan depa yang hidup cukup mewah, boleh perbesar rumah, boleh beli kereta baru.
 
Kalau harga getah dan kelapa sawit turun, aku yakin secara tak langsung depa akan mula marah kepada kerajaan yang depa rasa tak jaga kebajikan depa dan tentunya akan menjejaskan sokongan depa kepada Umno BN.

Golongan pertengahan terutama yang duduk di bandar dan pinggir bandar yang kerja makan gaji atau berniaga sendiri, memang dah lama terasa dengan kenaikan harga barang. Dan memang pun sokongan depa ni kepada Umno BN tak sekuat mana. Selain dari aksess depa ni kepada media lebih meluas, kebanyakkan golongan ni memang sungguh-sungguh terasa bila semua barang naik harga, dan depa tak puas hati bila kerajaan buat 'pelarasan' subsidi.

Aku kata kat member tu, selagi harga getah dan kelapa sawit masih tinggi, jangan harap Pakatan Rakyat nak boleh tawan Perak balik. Umno BN tentu boleh dapat sekurang-kurangnya majoriti mudah di Perak.

Bukan nak suruh depa sokong Pakatan Rakyat, kita nak berkempen pun depa tak layan.
Semalam, Harakahdaily melaporkan:
Harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal berada di paras tinggi sejak 5 tahun lalu hanyalah pada kedudukan umum, tetapi kini para penoreh getah kembali terhimpit apabila harga komoditi utama itu telah turun mendadak sehingga 48 peratus.

Sehubungan itu, kerajaan diminta menubuhkan stok pengimbal getah negara bagi mengawal harga komoditi utama itu agar terus kekal tinggi dan tidak naik dan turun mendadak.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, penurunan harga getah sehingga 48 peratus berlaku sejak dua minggu lalu apabila harga sekilogram getah sekerap hanya RM4.60 berbanding harga tertinggi sebelum ini RM8.80 sekilogram.

Menurut beliau, penurunan harga sehingga RM4.20 sekilogram itu tentunya amat membebankan para penoreh getah, tetapi harga itu juga belum diketahui sama ada akan terus bertahan pada paras itu atau akan terus turun lagi sehingga lebih membebankan para penoreh getah di kampung-kampung.

Katanya, untuk menjaga kebajikan para petani, peneroka dan penoreh getah, beliau telah bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah langkah yang dilakukan agar harga komoditi utama itu terus kekal tinggi menerusi soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat semalam. - Hrkh
Adakah sokongan pekebun getah dan kelapa sawit akan berpindah dari Umno kepada Pakatan Rakyat kalau harga komuditi tu jatuh sampai ke PRU13 nanti. Hanya masa yang akan tentukan.

Yang pastinya, aku yakin Umno BN akan berusaha naikkan harga getah dan kelapa sawit menjelang PRU13 nanti. Persoalannya, setakat mana kemampuan stok penimbal negara untuk menstabilkan harga tu.

Sumber imej: AnakSungaiDerhaka

   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...