Pasai apa takut sangat dengan bible dalam BM? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mac 19, 2011

Pasai apa takut sangat dengan bible dalam BM?

Malaysiakini melaporkan: 
Jika tiga urutan peristiwa sepanjang minggu ini bermula Ahad lalu, diimbas kembali, ia jelas menunjukkan sekali lagi politik perkauman dan kelebihan undi, menjadi kunci pertimbangan utama segala keputusan kerajaan 1Malaysia Umno-BN.  

Ahad - (13 Mac 2011) – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kucing dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik.

Ini katanya, kerana keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan walaupun berlarutan sejak 2010.
  
Selasa - (15 Mac 2011) – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan kabinet Jumaat ini. Beliau menegaskan jemaah menteri harus berbincang isu itu sebelum sebarang keputusan dibuat.
  
Selasa - (15 Mac 2011) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala mengumumkan semua 35,000 naskah yang ditahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini.
Aku secara peribadi, tak nampak ada apa sangat dengan dengan isu ni. Isu ni memang tak lebih dari sekadar isu politik, tak kira dari pihak Umno BN jugak dari pihak Pakatan Rakyat, semua pihak takut-takut nak ulas isu ni, takut hilang undi. 

Kalau sokong pengharaman takut hilang undi orang kristian, dan kalau tak sokong pengharaman takut hilang undi orang Islam. Jadinya ramai yang lebih kepada buat-buat tak tau. Yang ada mengulas pun sebab wartawan tanya dan jawab pun sekadar untuk melepaskan diri sendiri. 

Pada aku, nak heran kalau ada bible dalam Bahasa Malaysia, dan memang tak sepatutnya pun ada larangan. Sebabnya, kita semua sebagai rakyat Malaysia dah setuju dan mengakui yang bahasa Malaysia bukan khas untuk orang melayu saja tapi adalah hak semua kaum. Dan depa cuma nak gunakan hak depa.

Malah memang dah jadi dasar kerajaan untuk memartabatkan penggunaan bahasa Malaysia dikalangan semua rakyat. Lagi pun memang dah lama dah bible diajar dalam bahasa Malaysia terutama sekali di pendalaman Sabah dan Sarawak.

Jadinya aku sangat setuju dengan ulasan YDP Persatuan Ulama' Malaysia berkenaan isu ni.

MalaysianInsider melaporkan:
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkata langkah kerajaan mengeluarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang dirampas Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang adalah keputusan bijak dan tidak wajar dihalang menggunakan terbitan itu.

Menurut Yang Dipertua PUM Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir, pihaknya tiada halangan dengan keputusan terbaru kerajaan ini kerana Bahasa Malaysia milik semua rakyat Malaysia termasuk yang beragama Kristian.

“Ia bagus, bagi saya ia tiada masalah dan saya juga boleh membaca kitab Injil itu kalau ada.

“Kita di Malaysia ini Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan rakyat kita terdiri daripada pelbagai latar belakang... ada yang Islam, ada yang Kristian, ada yang Buddha dan ada yang Hindu dan banyak lagi.

“Jadi kenapa kita perlu halang mereka dari gunakan Bahasa Malaysia dalam buku-buku mereka, sebenarnya ia memang tiada masalah, kalau boleh terjemahkan dalam semua buku agama dalam Bahasa Malaysia,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. TMI
Takdak maknanya kalau pemimpin Umno nak haramkan bible dalam Bahasa Malaysia pun. Depa tak peduli pun sebenarnya. Kalau betul nak sekat bible dalam BM pasai takut ramai orang Isam akan murtad, apa yang dah depa buat dengan ramai orang Islam yang dah murtad selama ni.

Berapa orang yang dah didakwa pasai memurtadkan orang Islam. Pasainya kalau tak silap aku, memang ada undang-undang yang melarang agama lain didakwah kepada orang Islam. Kalau betul pemimpin Umno ikhlas, patutnya ruang yang undang-undang ni sediakan digunakan betul-betul. Tapi sampai hari ni aku tak pernah dengar lagi undang-undang ni dikuatkuasakan.

Kalau tak silap aku, undang-undang tu bukan dibawah bidang kuasa mahkamah syariah, jadinya kuasa nak kuatkuasakan undang-undang tu terletak ditangan pemimpin Umno BN yang pegang Putrajaya.

Pasai apa tak dikuatkuasakan? Tak lain tak bukan, pasai pertimbangan politik. Tak berani nak buat pasai takut undi lari.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...