Blogger hanief (video demo beruk) macam pelanduk lupakan jerat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mac 19, 2011

Blogger hanief (video demo beruk) macam pelanduk lupakan jerat

Macam peribahasa melayu, "Jerat tak pernah lupakan pelanduk", akhirnya blogger Hanief ditahan polis sebab kesilapan diri sendiri, kelalaian dia sendiri, dedahkan maklumat peribadi sendiri bila dia paparkan maklumar dia dah layak untuk mengundi hasil carian web SPR.
  
Bukan la aku nak salahkan dia, tapi sebagai ingatan kepada blogger lain, yang rasa mungkin polis cari, jangan la sekali-kali tersilap langkah, terlalai.

Macam yang Milosuam tulis:
Berita yang diperolehi daripada twitter MP Batu, Tian Chua mengesahkan blogger muda Muhammad Nur Hanief Abdul Jalil kini dalam tahanan Polis dikatakan ditahan di bawah akta hasutan.



Ini wajah pegawai-pegawai MCMC yang menahan Hanief.



Kemungkinan besar Hanief berjaya dijejaki oleh pihak Polis berikutan entry terbaru di blognya ada mendedahkan nama sebenar dan nombor kad pengenalan hanief [Blog Hanief].

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/blogger-haniefblogspotcom-ditahan-polis.html#ixzz1GzN9C1aE
Aku yakin memang dah dari dulu dah polis cari blogger ni tapi masih tak berjaya. Pasainya, memang dah lama dah blogger ni buat kerja bikin video yang memang buat polis marah. Dah lama dah dia buat kerja bikin video tu.

Video yang dia edit memang banyak yang 'mengancam', jadi memang tak heran la kalau polis cari dia pun. Sebelum ni aku ada paparkan clip youtube Ust Kazin belasah Rosmah Najib, budak Hanief ni punya kerja jugak tu.

Antara yang paling aku ingat, clip dia yang kat bawah ni,






Dia katanya dah dibebaskan, tapi akan dipanggil untuk siasatan lanjut  dibawah akta komunikasi dan multimedia. Harapnya, dia dah pun buat backup semua video yang dia upload ke youtube, rugi la buat penat-penat kalau tiba-tiba nak kena padam.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...