Dan, memang pun SPR 'si anjing Umno' sangat-sangat berwibawa terutama sekali dalam menjalankan tanggungjawab tak bertulis, untuk memastikan Umno BN terus menang dan kekal memerintah.
Malaysiakini melaporkan:
Sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang adalah berwibawa berdasarkan kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan 12 pilihan raya umum sejak 1959, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.Tapi, bila direnung balik, ada betul jugak apa yang Nazri kata tu. Memang pun sejak lepas PRU12, nampak macam Pakatan Rakyat terima kerja buat SPR, kecuali masa sibuk perang PRK. Lain pada masa tu, Pakatan Rakyat semacam lupa dengan tuntutan BERSIH. Sibuk dengan politik negeri.
Beliau berkata keputusan-keputusan pilihan raya telah diterima secara sah oleh semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang yang telah membawa kepada pembentukan kerajaan yang diiktiraf.
"Bagaimanapun ini tidak bermakna tiada ruang untuk melakukan reformasi dan transformasi dalam sistem sedia ada. - Mkini
Aku yakin, kalau tanya penyokong Pakatan Rakyat, tak ramai yang boleh sebutkan satu-persatu, dengan yakin, apa tuntutan Bersih tu (termasuk aku). Sebagai ulangkaji apa sebenarnya tuntutan BERSIH, boleh baca di sini, dan secara ringkasnya tuntutan BERSIH macam yang tercetak di belakang baju BERSIH macam gambar kat atas tu.
BERSIH 2.0 pulak senaraikan 11 tuntutan:
- Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti.
- Penggunaan dakwat kekal (seperti yang dijalankan di Indonesia dan India) bagi menghalang pengundian berganda.
- Reformasi di dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih yang berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem yang lebih fleksibel bagi semua pengundi – di dalam mahu pun di luar Negara , dengan alasan munasabah untuk memilih untuk menjadi pengundi pos.
- Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti yang bertanding, termasuk: (a) media akses yang bebas terhadap media milik kerajaan terutamanya televisyen dan radio; (b) akses pembayaran (iklan politik) adil di dalam media swasta; dan (c) peruntukan di dalam hak untuk menyerang balas terhadap kesemua parti yang bertanding dan wakil-wakil yang bertanding yang sebelumnya mendapat liputan negatif di dalam laporan-laporan berita.
- Tempoh kempen minima 21 hari yang bermakna.
- Amalan-amalan adil dan professional di dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian yang tidak adil (malaportionment, gerrymandering) yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang.
- Pendaftaran otomatik untuk semua pengundi yang layak.
- Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.
- Reformasi di dalam urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan dan menghadkan kecenderungan terhadap politik wang.
- Pentadbiran yang tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya kecil bagi badan perundangan di peringkat persekutuan mahupun negeri.
- Menegaskan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas, yang mengambil bahagian di dalam politik di dalam dan di luar kampus.
Aku harap Bang Mat Sabu dah mula merencana pasai himpunan ni. Aku harap dia tak terlalu sibuk dengan pemilihan PAS yang akan berlangsung beberapa hari saja sebelum tarikh cadangan himpunan BERSIH ke-2 tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis