Apa cerita perlantikan Reaktor Kolej Islam Darul Ridzuan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 17, 2011

Apa cerita perlantikan Reaktor Kolej Islam Darul Ridzuan?

Apa cerita sebenarnya di KISDAR ni. Katanya reaktor Kolej Islam Darul Ridzuan disambung kontrak lagi. Kalau takat disambung kontrak memang takdak masalah, dah biasa sangat kat Malaysia ni. Ketua Polis Negara memang biasanya akan di sambung kontrek selepas sampai tempoh bersara. Musa Hassan sebelum ni pun nyaris-nyaris lagi nak disambung kontrek untuk kali kedua.  

Tapi yang mushkilnya di KISDAR ni, cara kontrak Dr. Mohamed Yusuf Hussain ni disambung. Kalau disambung kontrak setahun atau dua tahun tu biasa la, tapi dia ni disambung kontrak dua bulan dan kemudiannya sebulan dan baru-baru ni disambung lagi 6 bulan, mushkil aku. Dan lebih memushkilkan aku, dia ni katanya ada masalah kesihatan yang serius.

Aku tak kenal langsung Dr. Yusuf Hussain ni, tapi tak kira sapa pun dia, kalau dah ada masalah kesihatan yang serius buat apa nak menyusahkan dia. Bagi la orang lain pegang tanggujawab yang berat tu.

Dalam ramai-ramai rakyat negeri Perak ni, takkan la takdak orang lain yang boleh dilantik jadi reaktor. Kalau takdak orang Perak sekali pun, tak salah pun kalau lantik bukan orang Perak.

Blog PAS Kuala Kangsar melaporkan:
Kerajaan Negeri Perak dilihat telah semakin hilang kredibiliti apabila terus menyambung kontrak Datuk Dr. Mohamed Yusuf Hussain sebagai Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan. Penyambung kontrak tersebut merupakan kali ketiga selepas kontrak tersebut tamat pada bulan Oktober 2010.

Kali pertama kontrak itu disambung adalah selama 2 bulan iaitu sehingga 31 Disember 2010, selepas itu kontrak tersebut disambung lagi selama 1 bulan iaitu sehingga 31 Januari 2011. Maklumat terbaru menyebut bahawa kontrak tersebut disambung lagi bermula 1 Februari 2011 sehingga tempoh 6 bulan ke 1 tahun. Kerajaan Negeri Perak dikatakan masih gagal untuk mencari Rektor baru yang dapat diterima oleh semua pihak yang tertentu.

Perbalahan dan perbezaan pandangan diantara pihak-pihak tertentu di dalam Kerajaan Negeri dalam memilih Rektor baru menyebabkan khidmat Rektor lama diteruskan. Beberapa orang calon Rektor telah dikemukakan tetapi Kerajaan Negeri masih gagal dan tiada kata sepakat untuk memilih seorang Rektor yang benar-benar layak dan mampu untuk menerajui Kolej Islam Darul Ridzuan. Kegagalan tersebut menggambarkan bahawa Kerajaan Negeri Perak telah hilang kredibiliti dan keupayaan untuk mentadbir negeri.

Kerajaan Negeri Perak dilihat seolah-olah hilang pedoman apabila terus menyambung kontrak Datuk Dr. Mohammed Yusuf Hussain yang mengalami masalah kesihatan yang serius. Masalah kesihatan Datuk Dr. Mohammed Yusuf Hussain difahamkan bermula sejak tahun 2008 dan amat ketara sejak akhir-akhir ini. Datuk Dr. Mohammed Yusuf Hussain telah tidak hadir ke Kolej selama 3 bulan iaitu sejak bulam November 2010 kerana menjalani rawatan di beberapa pusat rawatan termasuk di IJN.

Menurut sumber-sumber tertentu keadaan fizikal Datuk Dr. Mohammed Yusuf Hussain semakin kurus, tidak bermaya, sentiasa kelihatan letih, berjalan perlu dipimpin dan mengalami masalah jantung yang serius menggambarkan bahawa beliau tidak berupaya lagi untuk menjalankan tugas sebagai Rektor dengan baik dan berkesan.

Bagaimana mungkin seorang yang sedang sakit dan lemah mampu untuk berfikir secara proaktif, merancang dan menjalankan tugas dengan baik. Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan dan pentadbiran Kolej. Situasi ini juga dikhuatiri akan memberi kesan dan melambatkan usaha yang sedang giat dilaksanakan untuk menaikkan taraf kolej ke Kolej Universiti. [baca seterusnya di blog PAS Kuala Kangsar]
Sumber imej: Panoramio

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...