SNAP yang dah hampir nak berkubur setelah digantung pada 2002 tiba-tiba boleh jadi sangat kuat. Macamana dari minta hanya 3 kerusi untuk bertanding pada tahun lepas, bertambah kepada 10 kerusi kemudian bertambah lagi kepada 28 kerusi dan akhirnya nak bertanding 40 kerusi.
Yang lebih mencurigakan, SNAP boleh jadi mewah secara tiba-tiba. Katanya hampir semua bakal calom PKR termasu Baru Bian ditawar menyertai SNAP dengan tawaran insentif sehingga RM500,000 seorang.
Edwin Dundang, Presiden SNAP pulak katanya tiba-tiba jadi kaya-raya, boleh bawa trak pick-up Toyota Hilux mewah dan menjanjikan calon yang berprospek sebanyak RM300,000 untuk bertanding di kawasan masing-masing.
Sarawak Report dapat maklumat yang semua tu dari sumber BN pusat. Katanya strategi BN pusat adalah untuk mengecilkan kekuatan pembangkang di Sarawak dan dalam masa yang sama jugak tengah buat plan untuk menumbangkan Taib Mahmud yang dah jadi liabiliti kepada BN.
Kalau betul laporan Sarawak report tu, memang SANP boleh dianggap pengkhianat rakyat Sarawak. Laporan penuh Sarawak Report tu boleh di baca di sini
Walau bagaimanapun, SNAP menafikan perkara tu. Malaysiakini melaporkan:
Parti Nasional Sarawak (SNAP) menyifatkan laporan blog Sarawak Report yang mendakwa wujudnya perjanjian sulit antara parti itu dengan BN di Kuala Lumpur sebagai satu cerita rekaan yang paling teruk.Malaysiakini jugak melaporkan MCLM yang satu ketika dulu ada buat kerjasama dengan SNAP dah ambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan SNAP.
Sebaliknya, tegas setiausaha agung SNAP, Stanley Jugol (kiri), kebenarannya
ialah tidak pernah ada sebarang perjanjian antara SNAP dan BN.
Di samping itu, katanya, juga tidak pernah ada sebarang pertemuan antara ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Mazlan dengan pemimpin atau wakil SNAP baru-baru ini.
"Ataupun terdapat sebarang perjumpaan dengan mana-mana wakil BN untuk berunding," kata Stanley dalam satu kenyataan hari ini. - Mkini
Malaysiakini melaporkan:
Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) mengambil keputusan memutuskan perhubungannya dengan Parti Nasional Sarawak (Snap) dengan mendakwa mereka “curiga” berhubung akriviti terbaru parti yang dihidupkan semula itu.Memang tak mustahil apa yang didakwa Sarawak Report tu betul walaupun SNAP menafikannya. Lagipun, ramai yang kata stail orang politik di Sarawak memang macam tu, memang kebanyakkannya lebih berminat kepada duit. Lagipun, memang kebanyakkannya pernah bersama dalam BN, bersama-sama memerintah Sarawak dan dalam masa yang sama bersama-sama Taib Mahmud songlap harta rakyat Sarawak.
Objektif utama kerjasama dengan Snap, kata presiden MCLM, Haris Ibrahim adalah bagi menangani masalah masyarakat terpinggir di Sarawak dengan usaha menamatkan pemerintahan 30 tahun Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.
"Tujuan kami adalah bagi menubuhkan sebuah kerajaan pro-rakyat,” kata Haris sambil menambah MCLM sejak beberapa hari kebelakangan ini mendapat maklumat bahawa calon Snap dan beberapa pemimpinnya secara tiba-tiba mendapat dana yang besar.
"Kami dimaklumkan bahawa dana itu diperolehi dari Kuala Lumpur atas arahan daripadan BN,” kata Haris pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
"Tiada bukti konklusif tetapi dalam situasi seperti ini, anda jarang mendapat bukti hitam putih,” katanya.
Jika maklumat itu benar, menurut Haris, ia satu pengkhianatan paling teruk kepada rakyat yang telah ditekan selama 30 tahun. - Mkini
Tapi, kalau pun betul apa yang Sarawak Report laporkan tu, aku masih tetap rasa PKR tak patut tamak di Sarawak. Aku tetap rasa PKR patut berlembut dengan tuntutan SNAP, aku dah huraikan sebabnya dalam entry aku yang lepas.
Dalam politik, betul atau salah bukan penentu kemenangan tapi tapi kemenangan lebih bergantung kepada persepsi. Macamana mengujudkan persepsi yang akan diterima oleh pengundi.
Kalau pengundi dah yakin untuk mengundi satu-satu parti atau seseorang calon, buat la apa pun, memang payah depa nak berubah kecuali kalau main duit beli undi walaupun memang tak semua orang boleh dibeli. Tapi, sebenarnya, tak perlu pun beli semua pengundi untuk menang.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis