Jawapan balaci dan pemimpin Umno kepada Buku Jingga | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 27, 2011

Jawapan balaci dan pemimpin Umno kepada Buku Jingga

Malaysiakini melaporkan:
Cadangan Pakatan Rakyat untuk mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengambil alih konsesi lebuh raya di negara ini dengan tujuan untuk menghapuskan tol seperti yang termaktub di dalam Buku Jingga, diibaratkan indah khabar dari rupa.
    
Ini kerana, mungkin ramai yang tidak tahu atau menyedari bahawa KWSP, sebuah institusi keselamatan sosial yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan secara cekap adalah antara pemegang saham di dalam kebanyakan syarikat konsesi lebuh raya yang ada di negara ini.
    
Jadi, sudah tentunya caruman bulanan ahlinya akan dilaburkan KWSP ke dalam syarikat pengendali lebuh raya ini dengan tujuan menghasilkan pendapatan atau dividen yang dijamin sebanyak 2.5 peratus setahun.

Jika cadangan pembangkang dilaksanakan, tidak mungkin KWSP mampu menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus kepada ahlinya dan ia sudah tentunya merugikan para pencarumnya. - Mkini
Takkan macam tu punya bangang punya jawapan seorang bekas Ketua Setiausaha Negara boleh bagi.

Betul la dia sebagai pengerusi KWSP sekarang memang tanggungjawab dia nak pastikan pelaburan yang KWSP buat boleh bagi keuntungan maksima kepada pencarum KWSP.

Tapi, yang bangangnya, takkan dia tak boleh fikir, berapa sangat keuntungan yang boleh dapat dari pelaburan tu kalau nak dibandingkan dengan berapa yang kena bayar setiap kali lalu tol.

Lagi satu, takkan kalau tak melabur dalam syarikat tol, KWSP tak boleh untung. Takkan takdak bisnes lain yang boleh KWSP melabur yang boleh dapat untung. Dah tentu untung tu 'untung bersih' berbanding keadaan sekarang, malaupun untuk katanya tinggi tapi dalam masa yang sama kena bayar tol yang jugak tinggi dan akan naik lagi dan lagi dan lagi...

Dibawah ni pulak aku salin tampal jawapan standard pemimpin Umno.

Abdul Rahman Dahlan, MP Kota Belut
Jika agenda yang termaktub dalam Buku Jingga dilaksanakan, Malaysia akan bankrap dalam masa dua tahun sekiranya pakatan itu diberi peluang menerajui Putrajaya.
(Bunyi lebih kurang sama macam masa PAS mula ambilalih Kelantan tahun 1990, Kelantan tak bangkrap pun.)
Mukhris Mahathit, MP Jerlun
Cadangan pembangkang itu akan menjuruskan negara ke arah hutang yang tidak terkawal dan bebanan kewangan yang tinggi. Tindakan itu juga akan menyebabkan negara terpaksa berdepan dengan krisis kewangan seperti mana yang berlaku kepada Greece.
(Sampai hari ni, berapa hutang Selangor, Penang dan Kedah?)
Bung Moktar Radi, MP Kinabatangan
Cadangan tersebut hanyalah janji kosong pembangkang dalam usaha meraih undi rakyat bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang. Pembangkang ini dia boleh janji apa sahaja kerana dia bukan kerajaan pusat ada waktu ini. Jika dia dah jadi kerajaan pusat, maka tidak mustahil negara kan bankrap kerana dalam Buku Jingga pun mereka tak beritahu mana datangnya sumber mereka
(Memang PR pun terang-terang kata Buku Jingga ni janji pilihanraya. Takkan semua nak bagitau.)
Cuma satu yang aku setuju dengan depa yang kata penghapusan tol akan sebabkan ramai yang akan hilang kerja. Aku harap, PR boleh bagi jawapan kepada masalah ni. Kalau PR boleh bagi jawapan yang meyakinkan kepada masalah ni, aku yakin majoriti rakyat akan terima Buku Jingga, dan seterusnya mengundi calon PR masa PRU13 nanti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...