Menuju PAS Baru - wakil Dewan Ulama Kedah penakut? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Februari 05, 2011

Menuju PAS Baru - wakil Dewan Ulama Kedah penakut?

Macam yang aku jangka, memang betul wakil dari Dewan Ulama Kedah tak hadir. Yusuf Mahmud, Naib Ketua dewan yang timbulkan kontroversi tu tak hadir dan depa takdak hantar wakil.

Kalau tak silap aku, wacana ni dah kali yang ke3 dibuat dan setakat ni belum pernah wakil dari Dewan Ulama Kedah hadir sama. Wacana kali pertama di buat di Bukit Mertajam, kali kedua di Dewan Millenium Kepala Batas.

Aku harap depa tak mai program wacana tu bukan pasai penakut. Kalau tak mai pasai penakut, memang tak logik langsung, takkan ulama' pun penakut. Kalau ulama' Umno penakut boleh kira jugak tapi ulama' PAS penakut, memang tak boleh diterima.

Kerusi sebelah kiri sekali kosong sebab sorang ahli panel tak hadir.
Pic oleh Husnol
Jadinya, wacana semalam jadi sehala saja, dua lagi ahli panel yang hadir, kedua-duanya menyokong buku tu.

Cumanya, ada jugak beberapa orang yang hadir program tu mengaku tak baca lagi buku tu. Memang tak kena sangat kalau pi program wacana yang nak bincang pasai sebuah buku tapi kita yang pi tak baca lagi buku tu. Ramai jugak yang baru beli buku tu di depan pintu masuk dewan.

Nak buat macamana, memang sebelum ni buku tu habih stok. Hangpa dah baca ka buku yang kontroversi tu?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...