Apa cerita debat Buku Jingga dalam Bicara Rakyat RTM1 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 06, 2011

Apa cerita debat Buku Jingga dalam Bicara Rakyat RTM1

Jumaat malam  Sabtu lepas ada program Bicara Rakyat' TV1 yang dikendalikan oleh saudara Sayed Munawar yang mengupas mengenai Buku Jingga. Ahli panel yang dijemput adalah Pengarah Strategis PKR saudara Rafizi Ramli, Pengarah Kajian Strategik dan Antarabangsa(ISIS) Dr Mahani Zainal Abidin dan MP Hulu Selangor YB P.Kamalanathan.

Aku tak berpeluang nak tengok program tu pasai terbarung dengan program Wacana buku Menuju PAS Baru. Ada member yang tak pi program wacana kata dia tak berapa terkilan tak pi pasai dia berpeluang tengok program Bicara Rakyat di TV1 tu, yang memang menarik kata dia.

Kalau ikut blogger Jalan Pulang, dia tulis:
Melihat antara ahli parlimen Hulu Selangor, Ustad Kamal aka P Kamalanathan dengan Rafizi Ramli, AMK PKR berhujah sungguh dapat kita lihat perbezaan antara langit dan bumi!

Rasanya semua puas dengan hujah-hujah yang dilontarkan oleh Rafizi berbanding dengan Kamalanathan yang banyak "kona baring" tersasar jauh dari topik perbincangan.

Dr Mahani pun nampaknya yang boleh dikatakan seorang bijak pandai kelahiran Umno-APCO pun meminta salinan Buku Jingga Pakatan Rakyat, seolah-olah sebelum hari ini dia tidak pernah langsung sentuh komputer berinternet atau "dimandulkan" pemikirannya yang totok Umno-APCO!

Nampaknya, perbincangan yang pada awalnya hanya strategi "2 lawan 1" telah berubah 360 darjah! Moderatornya juga terpaksa "cover line" membantu Kamalanathan dan Dr Mahani dari diserang bertubi-tubi Rafizi!

Pusingan pertama memang kesemua panel membincangkan dengan jelas terutama Rafizi yang sangat bersungguh-sungguh menjelaskan kandungan Buku Jingga yang ditawarkan kepada rakyat.

Akan tetapi malangnya Kamalanathan dengan bijak juga membodohkan dirinya sendiri dengan berkata Barisan Najis sudah buat semua yang terkandung dalam Buku Jingga! - Jalan Pulang
Di pihak sebelah sana pulak, Anak Merdeka tulis:
Apa yang lebih menarik ialah apabila sampai kepada giliran saudara Rafizi untuk menerangkan segala isi kandunagan didalam 'buku jingga' tersebut terutamanya mengenai janji '100 hari' yang menjadi isu utama perbincangan semalam, dimana pada awalnya kelihatan saudara Rafizi nampak begitu ghairah dan yakin dengan hujah andaian beliau namun dengan mudah dipatahkan dengan hujah daripada YB P. Kamalanathan dan juga Datuk Dr Mahani yang memang mempunyai asas.

Contohnya bagaimana saudara Rafizi gagal untuk menjawab dengan baik dan segera soalan melalui panggilan telefon yang ditimbulkan oleh seorang penonton dari rumah mengenai janji 100 hari, mengenai soalan oleh Datuk Dr Mahani iaitu darimana punca kewangan yang akan digunakan oleh kerajaan Pakatan Pembangkang kelak sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan baru berikutan keputusan mereka untuk membatalkan bayaran tol, pemansuhan subsidi barangan, pemberian bonus kepada guru dan sebagainya.

Dan begitu juga setelah saudara Rafizi pada mulanya dengan begitu bangga menyataka bahawa kerajaan Selangor sejak di perintah oleh Pakatan Pembangkang DAP/PKR/PAS telah berjaya menunaikan segala janji kepada lebih daripada 1.5 juta rakyat Selangor sebagaimana yang pernah mereka taburkan pada PRU-12 2008 dulu malah kata saudara Rafizi lagi bahawa pihak Pakatan telah berjaya memberi lebih laba kepada rakyat iaitu melebihi dari apa yang pernah mereka janji kepada rakyat semasa pilihanraya umum ke-12 lalu.

Tetapi apabila ditanya oleh YB P. Kamalanathan kalau benar apa yang didakwa oleh saudara Rafizi itu yang janji mereka sudah ditunaikan setelah dua tahun memerintah Selangor tetapi mengapa pula sehingga ke hari ini isu hutang kerajaan Selangor dengan TNB atau bil tertunggak untuk 14 ribu tiang elektrik sepanjang jalan Hulu Selangor belum lagi dibayar dan dilunaskan, tapi malangnya saudara Rafizi hanya mampu menjawab dengan menyalahkan kerajaan yang terdahulu iaitu BN dalam hal tersebut walhal beliau seperti tidak sedar yang Selangor sudah lebih dua tahun berada dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Pembangkang. - Anak Merdeka
Kesimpulannya?

Nak simpul apanya kalau kita tak tengok, mana boleh buat kesimpulan berdasarkan pemerhatian orang lain. Alangkah baiknya, kalau ada yang ada kemahiran yang cukup rajin, tolong rakam program 'ilmiah' macam ni dan kemudian muat naik ke internet. Boleh la kita sama-sama tengok.

Kalau nak harap RTM1 ulangsiar program macam ni, tunggu sampai babi boleh terbang la. Kecuali la kalau Hafizi Ramli tu bangang sangat, dan isi program tu terlalu menguntungkan Umno BN.

Aku harap, lain kali, kalau ada program macam ni, yang melibatkan pimpinan PAS, Team@IT kena ambik tanggungjawab rakam dan muatnaik. Kalau ada yang melibatkan pimpinan PKR, TeamIT PKR kena ambik tanggungjawab rakam dan muatnaik.

Team@IT PAS dah lama ada, tema IT PKR aku takpasti, takdak lagi rasanya. Tapi takdak masalah, PRK boleh 'sub'kan saja tanggung jawab tu kat sapa-sapa. Takkan Azmin yang banyak duit tu tak boleh nak sponsor?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...