Wacana Ilmu buku ' Menuju PAS Baru' : Dewan Ulama PAS Kedah jangan tak hadir | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Februari 04, 2011

Wacana Ilmu buku ' Menuju PAS Baru' : Dewan Ulama PAS Kedah jangan tak hadir

Malam ni akan ada satu program wacana ilmu yang akan mengupas buku tullisan Dr. Mujahid Rawa yang kontroversi, Menuju PAS Baru.  

Wacana Ilmu : Buku "Menuju PAS Baru"

Tarikh : 4 Februari 2011 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Seminar, Hotel Melor Inn, Pusat Bandar 2, Pt Buntar
Anjuran : Sukarelawan Muslim Perak Cawangan Parit Buntar

Panelis :
1) YB Dr Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar)
2) Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Mantan Mufti Perlis)
3) Y.Bhg. Ustaz Haji Ahmad Awang (Ahli Majlis Syura Ulama PAS)
4) Wakil dari Dewan Ulama' PAS Kedah

Terhad : 160 orang sahaja (percuma)
Dapatkan PAS Masuk . hubungi Nizam 013-5813634 (tinggal 10 sahaja lagi dah habih) - Blog Dr. Mujahid
Program ni program tertutup sebab tempat duduk terhad. Lagipun, aku setuju program nak kupas buku yang kontroversi ni dibuat secara tertutup. Nak bergaduh ka, nak bertumbuk ka atau sekadar nak berhujjah ka, lantak pi la, kita-kita ja yang nampak.

Katanya, sapa-sapa yang dijemput dan ada kad jemputan untuk ke program tu saja yang akan dibenarkan masuk.

Aku harap, pihak penganjur buat rakaman video program diskusi ni. Kalau pun tak mau siarkan, sekurang-kurangnya boleh jadi bahan rujukan untuk sejarah masa depan.

Lagi satu, aku setuju sangat macam yang Tulahan tulis, harap-harap sangat Dewan Ulama' Kedah dapat hantar wakil untuk program ni. Kalau sebelum ni wakil Dewan Ulama' Kedah hentam rapat buku ni, memang sepatutnyalah, Dewan Ulama' Kedah hadir untuk mempertahankan hujjah depa pasai apa buku tulisan Dr. Mujahid ni perlu di tolak.

Lagi elok kalau Naib Ketua dewan itu Yusuf Mahmudsendiri yang hadir sebab dia yang dipetik Bernama bercakap bagi pihak Dewan Ulama' Kedah, menolak buku tulisan Dr. Mujahid tu.

Bagi yang taktau kat mana Hotel Melur Inn tu, kat bawah ni aku letak ada google maps kedudukan hotel tu (bertanda B.) Hotal tu baru ja siap, dalam google maps belum siap pun lagi bangunan tu. Bagi yang ada GPS koordinat hotel  5.1143450  100.485055.



View Larger Map

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...