Demonstrasi Malaysia semakin ganas? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Februari 05, 2011

Demonstrasi Malaysia semakin ganas?

Utusan melaporkan:
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Tujuh lelaki ditahan kerana menimbulkan kekacauan ketika satu perhimpunan haram membantah campur tangan Amerika Syarikat dalam urusan kerajaan Mesir di pekarangan Kedutaan Amerika, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Mereka ditahan kerana bertindak agresif dengan membaling botol dan pelbagai lagi benda keras serta tidak mahu bersurai apabila diminta,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tujuh lelaki tersebut adalah antara hampir 2,000 orang yang menyertai perhimpunan haram tersebut bagi menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 2.30 petang itu bagaimanapun berjaya disuraikan pihak polis 20 minit kemudian. - Bernama
Aku nak tengok kalau boleh botol dan perbagai benda keras apa yang depa baling tu. Kalau takat baling botol air mineral takkan dikira agresif kut. Kalau pasai takmau bersurai tu memang munasabah la, tapi atas alasan agresif, memang aku langsung tak percaya.

Pasai tu aku mushkil, awat kali ni polis ambil keputusan tangkap pulak. Sebelum-sebelum ni dah banyak kali ada demonstrasi terutama yang melibatkan sokongan untuk rakyat palestin takdak yang kena tangkap.

Apa beza antara demo untuk rakyat Palestin dengan demo untuk rakyat Mesir. Bukan ada kena mengena dengan Umno BN pun, dengan pihak berkuasa macam polis lagi la takdak kena mengena. Kalau buat demo pasai marahkan Umno, mungkin la ada logik nak tangkap-tangkap.

Ataupun mungkin ada sebab lain.

Takkan kut betul macam ada yang tuduh, polis tangkap tu pasai ada arahan dari pemimpin Umno pasai Umno tu nak tunjuk solidariti kepada Hosni Mubarak. Nak tunjuk kata Kerajaan Malaysia menyokong Kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak.

Kalau bukan pasai tu, takkan depa ni ditangkap pasai biadap kut, berdemonstrasi masa hari raya tahun baru cina.

Malaysiakini melaporkan:
Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang mengecam PAS dan PKR hari ini kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina (CNY).

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur water cannon 1malaysia 1Tahun baru Cina, kata Tan, adalah perayaan utama di negara ini
yang dirayakan oleh semua rakyat Malaysia.

Atas sebab tersebut, Pemuda Gerakan Kedah kesal kerana pemimpin PAS dan PKR dan ahli mereka mengadakan demonstrasi hari ini, menyokong gerakan pro-demokrasi di Mesir, Tan.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia.

"Hari kedua Tahun Baru Cina merupakan hari cuti umum untuk semua rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Mkini

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...