Kesian pulak aku tengok KJ ni | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Februari 18, 2011

Kesian pulak aku tengok KJ ni

Khairy Jamaluddin.
Foto THE STAR Oleh G.C. TAN
Kesian pulak aku tengok Ketua Pemuda Umno ni. Orang politik semua dok sibuk dengan cerita pilihanraya dia habih masa berminggu-minggu pasai nak dapat sayap. Patut pun lama tak dengar cerita pasai Khairy ni, rupa-rupanya dia bertapa sampai 5 minggu.

Tapi nak buat macamana, dah Najib tak mau kat dia. Daripada sakit hati fikir pasai politik dalam Umno yang memang tak pernah elok, elok jugak la dia masuk latihan askar wataniah tu. Kepala tak pening, hati tak sakit, boleh dapat sayap pulak.

Lagi pun, masa dapat ketua pemuda dulu pun ramai yang kata pasai tumpang tuah mertua jadi PM masa tu. Bila pak mertua dah pencen dan PM baru pun tak berapa nak suka kat dia, terpaksa la dia bawa diri.

mStar melaporkan:
KUALA NERANG: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pada Khamis menerima tauliah sayap askar payung terjun (paratrooper) selepas berjaya menamatkan latihan asas intensifnya di sini.

Latihan tersebut mengambil masa lima minggu untuk ditamatkan.

“Saya sentiasa menaruh minat untuk mencuba latihan payung terjun apabila ada kesempatan untuk meningkatkan skil saya sebagai seorang anggota tentera," kata Khairy yang juga ahli parlimen Rembau pada sesi tamat latihan peringkat pertama penerjunan statik 79 anggota di Kem Padang Sanai, dekat sini.

Khairy menerima sayap penerjunannya daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bapa mertuanya. - mStar
Cumanya, macam aku ada tulis sebelum ni bila dia ambil kursus asas askar wataniah, aku tulis "Khairy sebenarnya cerdik, aku masih lagi mushkil, takkan saja-saja KJ sanggup buang masa nak ambil sayap sampai 5 minggu.

Ataupun mungkin jugak plan dia sebelum ni tak menjadi, jadinya alang-alang dah ada latihan asas askar wataniah, dia sambung pulak la latihan lanjutan.

Apa pun, aku masih tak percaya kalau dia sanggup perabih masa berminggu-minggu, saja-saja. Entah apa la sebenarnya plan Ketua Pemuda Umno ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...