Aku dah lama nak tulis pasai ni tapi terlupa memanjang.
Khairy menerima anugerah pelatih terbaik dan akademik terbaik daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam majlis perbarisan Tamat Kursus Asas Perajurit Muda Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah di Kem Rasah, semalam. - Foto THE STAR Oleh NG BOON TAT
Walaupun dalam rembau.net dia kata dia masuk askar wataniah tu bukan pasai dorongan politik tapi sebenarnya dia masuk tu memang untuk kepentingan politik peribadi dia.
Takkan dia sanggup tinggalkan kuasa sebagai Ketua Pemuda Umno selama sebulan kalau dia tak boleh dapat keuntungan dari segi lain. Bab dia kata semata-mata nak berkhidmat untuk negara tu tak payah aku ulas, berlambak contoh boleh bagi untuk berhujjah.
Kita akan lebh jelas kut mana untung dia akan dapat kalau baca apa yang Bernama melaporkan:
BAGAN DATOH 12 April - Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara, kata Menteri berkenaan Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.eBel News melaporkan:
Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.
KUALA KRAI, 6 Jun (Bernama) -- Kerajaan mensasarkan 50 kompeni askar wataniah diwujudkan di kawasan Parlimen membabitkan 5,000 anggotanya di seluruh negara tahun ini.Cuma bayangkan kalau dia boleh dapat wala' dari semua 600,000 orang tu. Tak payah semua, boleh dapat 10% pun dah cukup hebat.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata sasaran matlamat itu sekali ganda lebih banyak dibandingkan dengan tahun lepas iaitu 25 pasukan membabitkan 2,500 anggota. - eBel
Jangan lupa, 60,000 orang tu adalah dari kalangan askat wataniah yang tentunya kurang lebih macam askar biasa jugak, pantang jumpak pegawai mesti nak tabik punya. Depa ni pun mesti kurang lebih macam askar jugak, cukup taat dengan arahan pegawai.
Jangan tekejut lepas ni hampir semua perwakilan mesyuarat Umno bahagian terdiri dari kalangan askar watanah ni, perwakilan mesyuarat Pemuda dah tentu.
Maksudnya, sebaik saja dia tamat latihan, dah tersedua untuk dia "tentera" di peringkat akar umbi tanpa perlu dia bersusah payah untuk bina dan tanpa perlu keluarkan belanja besar.
Bahagian mana lagi yang dia tak boleh masuk untuk kempen pemilihan Umno akan datang? Dia tak masuk pun takpa, 'tentera dia' ada di mana-mana. Agak-agak apa plan Mukhris nak cantas gerakan Khairy yang ni?
Nota kaki
SOALAN MATHS UPSR,PMR,SPM 2010. JGN TERLEWAT!CEPAT!
Promosi percuma Website atau Blog anda di sini
Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10