Mungkinkah PRK Kerdau sekali dengan PRU Sarawak. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Februari 18, 2011

Mungkinkah PRK Kerdau sekali dengan PRU Sarawak.

SPR katanya akan adakan mesyuarat berkenaan PRK dun Kerdau hari Ahad ni. Tak pernah aku dengar SPR 'si anjing Umno' buat mesyuarat pasai PRK hari minggu tapi kali ni SPR buat hari minggu, yang tambah menariknya mesyuarat tu di buat di Sarawak.

Malaysiakini melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau Ahad ini di Kuching semasa ia mengadakan perjumpaan dengan parti-parti politik di Sarawak sebagai persediaan untuk pilihan raya negeri.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata anggota SPR akan berhimpun di Kuching Sabtu ini untuk mengadakan siri perjumpaan dengan pemimpin parti-parti politik atau wakil mereka, khususnya untuk memberikan taklimat mengenai peraturan pilihan raya. - Mkini
Mungkinkah PRK Dun Kerdau akan diadakan serentak dengan PRU negeri Sarawak? Sebelum ni, memang ada khabar angin yang kata Taib Mahmud mungkin bubar Dun minggu depan tapi dia nafikan. Tapi dengan Pemimpin BN ni bukan boleh percaya. Malah kalau depa nafikan tu lebih selalu betul dari tak betul.

Kemungkinan tu tetap ada walaupun tempoh Dun Sarawak hanya akan tamat tempoh 5 tahun bulan Jun 2011. Dengan SPR 'si anjing Umno' ni bukan boleh dikira sangat. Kalau itu arahan Umno tentu depa wala' punya.

Kalau dibuat serentak, maknanya Umno tak perlu berbelanja besar di Dun Kerdau pasainya orang ramai tak akan berapa peduli dengan PRK di Kerdau pasai tentunya semua mata akan lebih tertumpu di Sarawak.

Jentera parti pembangkang pun tentunya tak berapa peduli sangat PRK Dun Kerdau sebab PRU Dun Sarawak lebih penting manakala keputusan PRK Kerdau tidak akan menjejaskan kuasa BN di negeri Pahang tak kira sapa menang pun.

Jadinya Umno tentu akan menang mudah di PRK Kerdau tampa perlu berbelanja besar macam PRK sebelum-sebelum ni.

Lagi pun, tak banyak beza kalau Dun Sarawak dibubar bulan ni berbanding kalau bubar April depan, kecuali la kalau Najib merancang nak buat PRU13 serentak dengan PRU Dun Sarawak. Maknya Untung Umno kalau buat PRK Dun Kerdau serentak dengan PRU negeri Sarawak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...