MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 16 Feb — Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim telah menerima kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk bergerak atas nama dan perlembagaan baru ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan tahun ini.Sebelum ni aku dah ulas pasai isu pendaftaran Pakatan Rakyat yang dah lama dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
The Malaysian Insider difahamkan sekretariat parti itu menerima notis kelulusan hari ini.
“Notis kelulusan diterima sebentar tadi, pucuk kepimpinan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya dalam waktu terdekat,” kata pegawai Kita kepada The Malaysian Insider.
Menurut pegawai, kelulusan itu berkuat kuasa hari ini.
Permohonan mendapatkan kelulusan berhubung nama dan perlembagaan baru dikemukakan kepada ROS Kelantan 11 Januari lalu. - TMI
Parti KITA yang Zaid baru ambilalih tu hantar pindaan perlembagaan baru tak sampai pun lagi dua bulan, dah pun ROS diluluskan. Penubuhan Pakatan Rakyat dah lebih setahun dihantar, langsung tak dengar cerita.
Aku rasa, ROS cuma akan perkenankan pendaftaran tu selepas selesainya PRU12. Kalau baik sikit pun, mungkin ROS bagi kebenaran tu beberapa hari sebelum PRU12.
Mungkin akan ada yang kata 2 situasi tu tak sama, parti KITA cuma nak ubah perlembagaan dan ubah nama tapi Pakatan Rakyat tu penubuhan baru, tak sama, tak boleh buat perbandingan macam tu.
Realitinya, memang ROS macam tu. Sebelum-sebelum ni, bila PAS buat pindaan perlembagaan, berapa lama masa yang ROS ambil untuk luluskan. Aku malas nak cari maklumat tu, tapi yang sahehnya, makan masa bertahun jugak.
Tapi nak buat macamana lagi, dah kuasa tu ada kat depa, tunggu aja laa, paling-paling pun takat boleh maki saja laa... Memang sesuai la kalau aku gelarkan ROS ni pun "si anjing" Umno. Wala' gilababi kat Umno.
Depa sebenarnya cukup takut, kalau Pakatan Rakyat boleh bertanding guna satu lambang. Untung atau tak Pakatan Rakyat bertanding satu lambang belum tentu lagi tapi Umno BN takkan berani benarkan pasai memang ada kemungkinan penggunaan satu lambang tu akan memudahkan pengundi untuk tak mengundi lambang dacing lagi. Mampuih Umno.
Apa pun, berdasarkan semangat demokrasi berpilihanraya, aku nak ucapkan selamat majujaya untuk parti KITA. Harap-harap parti tu boleh bertahan lebih lama sikit dari parti Semangat 46.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis