Dulu-dulu masa allahyarham Ust Fadzil jadi Presiden PAS, riuh satu Malaysia kata Umno setuju nak debat dengan PAS isu "kafir mengkafir." Umno yang masa tu dibawah Dr. Mahathir siap buat debat olok-olok sebagai persediaan, mungkin nak tengok mampu ka dak orang agama dalam Umno nak lawan hujjah pemimpin PAS. Akhirnya kalau tak silap aku, debat tu dibatalkan atas arahan Agong, kononnya.
Kali ni timbul lagi cerita debat, debat dengan Anwar Ibrahim. Tapi yang lawaknya, yang sambut debat tu cuma tahap "ikan bilis", mana padan kalau nak berdebat dengan Anwar Ibrahim. Apa kelas Khairy Jamaluddin nak debat dengan Anwar.
Kalau nak berdebat berkenaan 100 hari janji Pakatan Rakyat, kena la Menteri Kewangan atau timbalan dia yang turun, baru padan dengan kapasiti dia. Kalau tara Khairy tu, cuma layak berdebat dengan Pemuda PAS saja. DPP dah pun ada program menunggu untuk wakil Umno turut serta. Kalau tak setuju dengan program sedia ada aku yakin Pemuda PAS sanggup bila-bila masa dan dimana saja kalau Khairy sanggup berdebat.
Yang paling sesuai untuk debat dengan Anwar Ibrahim adalah Najib Razak. Baru padan Ketua Kerajaan dengan Ketua Pembangkang.
Tapi, walau macammana sekali pun, aku yakin Najib takkan berani berdebat dengan Anwar Ibrahim. Sampai kucing bertanduk pun Najib takkan berani. Memang jenih penakut, nak buat macamana. Kata la apa pun, dia buat bodoh jee.. buat-buat tak dengar...
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 12 Jan: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) bersedia menjadi perunding dan penganjur kepada debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana tawaran yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, semalam.
Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, mahasiswa melihat ia merupakan suatu ruang yang sihat bagi pihak kerajaan dan pembangkang menyatakan iltizam dan inspirasi dalam memacu program ekonomi negara pada masa akan datang.
Katanya, anak muda memerlukan komitmen yang jelas daripada pihak parti politik supaya mereka khususnya mahasiswa boleh menimbangtara program terbaik yang ditawarkan.
“Gamis mengambil perhatian kepada tawaran yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagi suatu usaha yang baik dalam pengamalan demokrasi negara.
“Debat ini perlu dilaksanakan atas garisan akademik dan intelektual tanpa pengaruh emosi kepolitikan daripada kedua-dua pihak. Maka kami syorkan untuk debat ini diadakan dalam universiti yang menjadi medan pertempuran ilmu dan intelek dan bebas dari pengaruh politik berbanding di luar,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. - Hrkh
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis