Katanya 50kilo ikan keli akan dilepaskan dua tiga hari sebelum pertandingan ni untuk pastikan ada ikan untuk dipancing.
Aku tak pasti apa syarat-syarat pertandingan tu pasai aku belum berkesempatan tengok borang dan syarat-syarat pertandingan tu.
Aku nak cadangkan apa kata kalau dalam syarat-syarat tu dimasukkan sama "mesti sudah mendaftar sebagai pengundi" sebagai syarat nak masuk. Aku rasa takdak masalah kalau bubuh syarat ni. Kalau tak silap aku masa pertandingan bola yang pemuda anjurkan masa kempen PRK Galas dulu pun depa masukkan syarat tu. Kalau ada yang belum mendaftar, kita tolong daftarkan masa tu.
Lagi satu, aku nak cadangkan dimasukkan satu akujanji dalam borang pertandingan tu yang lebih kurang berbunyi:
"Saya dengan ini juga berjanji akan mengundi calon PAS/Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang."Seeloknya letak aku janji tu selepas akujanji lain kalau ada, dan sebelum ruangan tandatangan peserta.
Aku rasa takdak masalah apa kot kalau bubuh akujanji macam tu. Tambah pulak untuk program-program berskala kecil macam pertandingan memancing tu, yang target utama penyertaan adalah dari kalangan ahli dan penyokong PAS sekitar kawasan tu saja.
Kalau ahli atau penyokong Umno takmau masuk pertandingan tu pasai ada akujanji tu, lantak pi la kat depa, kita tak rugi apa-apa pun aku rasa. Tapi kalau depa masuk jugak, mana tau kurang-kurangnya kalau depa ingat akujanji tu masa nak pangkah dalam bilik mengundi masa PRU 13 nanti, kot-kot depa berubah undi calon PAS/Pakatan Rakyat. Untung kita.
Kalau depa undi jugak calon Umno BN, lantak pi kat depa laaa...
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis