MalaysianInsider melaporkan:
SHAH ALAM, 6 Jan — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan Exconya menghadiri majlis angkat sumpah taat setia melibatkan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi pagi ini walaupun sebelum ini mengatakan akan memulaukannya.Bagaimanapun, lain pulak yang dilaporkan Bernama:
Bagaimanapun Khalid menegaskan beliau masih tetap menolak pelantikan Khusrin.
Awal minggu ini, Khalid berkata, kerajaan negeri akan memulau majlis itu sebagai tanda tidak mengiktiraf pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Khalid tidak menyatakan pendiriannya dengan jelas semalam apabila ditanya sama ada akan hadir majlis yang diadakan di Istana Bukit Kayangan pagi ini.
Dalam mesej menerusi Twitter pagi ini pula, Khalid berkata, “hadir majlis sebagai tanda hormat kepada DYMM Sultan dan Raja, tetap tidak iktiraf Datuk Khusrin.” - TMI
SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau menerima pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu Datuk Mohd Khusrin Munawai sebagai sah di sisi undang-undang.Apa pun, Kerajaan Selangor katanya takkan mengaku kalah, usaha untuk pinda perlembagaan negeri akan tetap juga dibuat.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri akan tetap meneruskan cadangan memanggil sidang dewan undangan negeri bagi meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kepada Menteri Besar kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri. - mStar
MalaysianInsider melaporkan:
Pindaan terhadap undang-undang tubuh negeri tidak perlu dipersembahkan kepada Sultan, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.Selain dari itu, Dr. Halimah yang juga Exco Selangor minta kepada semua ahli PAS supaya buat solat hajat dan doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor.
"Pertama, panggil bersidang di dewan. (Sama ada) sebarang resolusi dan rang undang-undang perlu dipersembahkan pada Sultan, jawapannya tidak," katanya ketika ditanya sama ada pindaan memerlukan perkenan Sultan.
Beliau mengulas langkah mengadakan sidang DUN bagi meminda undang-undang tubuh bagi memberi kuasa kepada sultan dan menteri besar melantik tiga pegawai tertinggi negeri, termasuk setiausaha kerajaan (SUK). - TMI
Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.Pas Selangor jugak akan menganjurkan satu program khas.
"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.
"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.
Halimah (gambar) juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.
"Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor. - Hrkh
Program : SOLAH HAJAT & PIDATO PERDANAApa pun, nampaknya kemelut Selangor masih jauh dari selesai. Kalau niat Umno nak bagi nampak Kerajaan PR Selangor bermasalah dengan Sultan, nampaknya depa berjaya.
Tarikh : Ahad malam Isnin, 9 Januari 2011
Masa : 7.00 - 11.00 malam
Lokasi : Stadium Malawati, Shah Alam -
sumber
Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor memang terperangkap antara kehendak rakyat yang PR wakili dan hubungan dengan pihak istana.
Setakat ni, nampaknya Khalid masih lagi boleh bertahan dari mengaku kalah kepada mainan politik kotor Umno BN.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis