Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan kami mendoakan kesabaran atas dugaan ini kepada keluarga Pak Bakar.
Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Setiap yang bernyawa tetap akan mati, begitulah juga manusia yang asal usulnya dijadikan daripada tanah, maka kepada tanahlah juga ianya akan dikembalikan. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Thaahaa ayat 55 tafsirnya :
“Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan menggembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi”.
Oleh itu ingatlah bahawa kematian itu tetap menemui kita, tiada siapa boleh lari daripadanya. Bukankah Allah Subhanahu Wataala telah berfirman dalam Surah ‘Ali Imran ayat 180 tafsirnya :
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati”.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menggalakkan umatnya untuk ingat pada kematian sebagaimana sabda Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
“Dari Abi Hurairah Radhiallahuanhu katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Hendaklah kamu banyak-banyak mengingati pemutus kematian (mati).” Hadis riwayat Al-Imam Ibnu Majah. (copy paste & edit dari TKO)
Komen aku:
Yang dah kembali tu biarlah kembali, kita yang tinggal ni tak tau bila dan macamana pulak bila giliran kita sampai. Apa pun, kita yang tinggal ni kena terus berjuang.
Dunia blog Pakatan Rakyat sedikit sunyi bila Pak Bakar jarang sangat menulis pasai terpaksa menjaga anak yang sakit di hospital.
Insyaallah aku yakin lepas ni Pak Bakar akan terus menyengat dengan blog Penarikbeca untuk Fasal 5 Perlembagaan PAS.
Salam takziah dari aku,
Nota kaki makan cekam: Tumpang bersedih...