Malaysia Negara Islam contoh - pendapatan dari lesen judi 2.7 billion | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Disember 08, 2010

Malaysia Negara Islam contoh - pendapatan dari lesen judi 2.7 billion

Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:
Tuan Yang di-Pertua,
            Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah (RM)
2000 1,958,380,415.89
2001 1,972,252,986.48
2002 1,922,115,807.36
2003 1,797,401,240.15
2004 1,849,176,119.10
2005 1,984,615,754.74
2006 2,266,814,152.52
2007 2,416,963,021.54
2008 2,561,892,892.66
2009 2,606,378,658.57
Sehingga 20 Sept 2010 1,952,406,090.08
 2.    Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.
 - Jiwokelate
Negara Malaysia yang biasa pemimpin Umno kata sebagai negara Islam contoh yang pesat membangun yang nak dicontohi oleh banyak negara Islam lain, salah satu sumber pendapatan utama negara adalah dari hasil lesen judi.

Tahun ni tentunya akan bertambah berbanding tahun lepas. Kalau tahun lepas 2.6 billion tahun ni mungkin mencecah 2.7billion. Bukan juta tapi billion. Tu pun nasib baik lesen judi bola tak jadi nak dibagi, kalau tak mungkin boleh cecah 3 billion.

Yang lebih mahalnya, cara kementerian jawab tu, cukup berterus-terang. Pendapatan tu masuk terus ke akaun yang disatukan dan duit tu lah yang digunakan untuk semua perbelanjaan dan tentunya termasuk jugak yang digunakan untuk bayar gaji kakitangan kerajaan termasuk jugak lah elaun para Imam diseluruh negara yang naik baru-baru ni RM800 sebulan.

Kesian kat semua kakitangan kerajaan dapat duit yang tak bersih. Dan lebih kesian lagi kepada para Imam yang dapat gaji dari duit yang bercampur dengan duit lesen judi.

Jadinya, kalau semua kakitangan kerajaan terutama sekali para Imam nak pendapatan dari sumber yang bersih dari bercampur dengan duit lesen judi, kena la buat kerja sungguh-sungguh untuk pastikan Umno BN lingkup masa PRU13 nanti.

Kalau Pakatan Rakyat menang nanti, aku yakin insyaallah, kalau pun mungkin tak dapat haramkan judi 100% tapi yang pastinya, sumber dari lesen judi tu takkan masuk ke dalam akaun yang disatukan lagi, macam yang Kelantan buat selama PAS memerintah di Kelantan, duit dari lesen arak tak masuk dalam akaun yang disatukan tapi dimasukkan ke dalam akaun khas untuk kegunaan bagi kepentingan orang bukan Islam.

Gambar hiasan

Nota kaki makan cekam:  Dah la dapat elaun Imam duit campur dengan duit lesen judi, lepas tu sokong Umno pulak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...