[sisibukit] |
Usaha daftar pemilih mesti dibuat, tidak cukup dengan laungan semangat Sepenuh tenaga mesti ditumpukan untuk menggerakkan daftar pemilih. Untuk suku terakhir yang akan tamat pada Disember. 2010 maka perlu program ops daftar pemilih dibuat secara serius secara mingguan dan terancang. Pimpinan kawasan, pemuda, ulamak, muslimat, nisa' dan amal kena tumpu kepada daftar pemilih. Kena jadikan ini agenda utama jika mahu kekalkan kemenangan dan menawan Putrajaya. Biar kita resah sekarang daripada kita menangis akibat kecuaian kita yang tidak buat kerja untuk menang.Patutnya taktimbul langsng dah pasai bulan madu, pasainya sekarangni dah boleh dikira masa kecederaan. Target kita untuk mendaftarkan seramai mungkin sebelum habis tahun 2010 ni. Kerja ni kerja payah, jadinya memang tak mampu kalau buar sorang-sorang, kena buat secara berjamaah.
Usaha daftar pemilih mesti dibuat, tidak cukup dengan laungan semangat Sepenuh tenaga mesti ditumpukan untuk menggerakkan daftar pemilih. Untuk suku terakhir yang akan tamat pada Disember. 2010 maka perlu program ops daftar pemilih dibuat secara serius secara mingguan dan terancang. Pimpinan kawasan, pemuda, ulamak, muslimat, nisa' dan amal kena tumpu kepada daftar pemilih. Kena jadikan ini agenda utama jika mahu kekalkan kemenangan dan menawan Putrajaya. Biar kita resah sekarang daripada kita menangis akibat kecuaian kita yang tidak buat kerja untuk menang. - pas.org.my
Jadinya, aku nak mencadangkan semua program parti yang tak penting kita tangguhkan ke tahun depan. Untuk sebulan terakhir ni, kita penuhkan dengan semata-mata aktiviti nak daftarkan pengundi baru.
Bukan masa dia lagi dah buat program lepas tu sediakan kaunter untuk orang mendaftar sebagai pengundi. Fasa sekarang adalah fasa gempur, fasa panjat tangga rumah penyokong PAS, fasa ketuk pintu rumah penyokong PAS.
Lagi satu, aku nak sarankan kepada semua pimpinan PAS di setiap peringkat terutama sekali pimpinan PAS Pusat. Bila bersembang dengan orang PAS jangan lupa timbulkan pasai daftar pemilih. Peringat depa betapa perlunya "buat program ops daftar pemilih dibuat secara serius secara mingguan dan terancang." Program lain KIV dulu.
Kalau terpaksa tangguhkan usrah pun untuk program daftar pemilih ni aku rasa berbalui. Kalau nak kena buat jugak, jangan lupa timbulkan jugak bab daftar pemilih ni dalam usrah.
Kalau target kena daftar 200 orang tapi cuma 12 orang ja yang didaftarkan, jangan mimpi la nak bolehh tawan Purtajaya.
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis