PUTRAJAYA, 24 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor pada 22 Jan depan dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Jan. - BernamaMemang tepat macam yang aku dan mungkin semua penyokong Pakatan Rakyat jangka. Disebabkan PRK kali ni melibarkan "kubu kuat" Umno BN makanya hari penamaan calon dan hari mengundi jatuh pada hari Ahad.
Harakahdaily melaporkan:
Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi PRK Dun Tenang, jelas memperlihatkan sikap 'double standard' suruhanjaya itu.Lepas ni tentu punya SPR akan umumkan satu lagi, iaitu peraturan yang "maha penting" yang menunjukkan SPR benar-benar menjadi pengawas pilihanraya di Malaysia. Peraturan itu berbunyi "Semua parti politik yang tak bertanding tidak dibenarkan mengibarkan bendera parti."
Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, SPR dilihat tidak konsisten apabila pada PRK Galas 4 November lalu, pengundian dibuat pada hari bukan cuti umum sehingga memaksa kerajaan negeri Kelantan pada waktu itu mengumumkan tarikh itu sebagai cuti peristiwa.
Katanya, apabila berdepan PRK di kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja, sedangkan apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR.
"Kita dapat melihat dengan jelas perbezaan ini dan ini bukannya pelik dalam negara kita ini.
"Kita kenal siapa SPR ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok - Hrkh
Nak buat macamana, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pun sama taraf macam SPR, anjing Umno BN, pasai tu la pendaftaran parti Pakatan Rakyat sampai hari ni masih belum ada khabar berita walaupun dah lama permohonan dihantar, lebih setahun dulu.
Walaupun nampak ada laluan sukar di Tenang, PAS nampaknya hampir pasti akan letak calon. Setakat ni calon yang paling popular di "alam maya" adalah Mazlan Aliman pasai dia pengerusi ANAK. Tapi aku memilih untuk tak bersetuju. Apa hujjah aku? Lain kali aku tulis, insyaallah, tu pun kalau aku rasa teringin nak tulis..
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis