Dalam BHarian ada artikel dari Timbalan Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang minta supaya pihak berkuasa agama negeri-negeri mewartakan keputusan MUZAKARAH Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang membuat keputusan menolak pelantikan individu bukan Islam sebagai peguam syarie.
Saya juga berharap keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam itu segera dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa/Perundingan Syarak Negeri dan seterusnya diwartakan Jabatan Mufti Negeri sebagai fatwa negeri supaya lebih memberi kesan dari sudut perundangan.Yang menariknya Mufti Perlis ada pendapat lain dalam isu ni. Mkini melaporkan:
Sesuatu fatwa mengikat dan berkuatkuasa menurut undang-undang hanya selepas ia diwartakan. Seksyen 49 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 memperuntukkan: “Apabila disiarkan dalam warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat setiap orang Islam yang berada di Negeri Selangor sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang kepada fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan oleh hukum syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara amalan peribadi.” - Bharian
Yang berlaku adalah sebahagian ahli muzakarah, termasuk saya, mahukan agar perkara ini diperhalusi dengan lebih mendalam menurut nas al-Quran dan al-Sunnah. Ia adalah keputusan premature (pramatang).Ustaz Amin, seorang pendakwah bebas yang sering muncul dalam TV pun ada mengulas berkenaan isu ni. Ustaz ni pun sokong orang bukan Islam tak boleh jadi peguam syarie dengan 5 hujjah yang boleh di baca di blog dia UstazAmin.com
Saya juga mahukan agar kertas ini dihalusi di peringkat fatwa negeri-negeri. Kertas yang disediakan oleh Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) didapati tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Dalil yang digunakan adalah tidak tepat pada isunya.
Kertas Panel JAKIM itu hanya menumpukan tentang nas ayat-ayat walayah (kepimpinan) yang melarang Muslim menjadikan non-Muslim sebagai wali atau pembantu dan penolong dalam urusan mereka, sedangkan saya dan beberapa ahli lain berpandangan, hal ini berkaitan soal wakalah (perwakilan), bukannya urusan walayah (kepimpinan). - [Baca sepenuhnya di sini]
Setakat yang aku faham, Mahkamah Syariah takdak kuasa untuk mendakwa orang bukan Islam. Jadinya tak timbul soal nak menganiaya orang bukan Islam kalau depa tak percaya orang Islam yang jadi peguam syarie bagi pihak depa.
Persoalan aku, macamana bila ada kes yang melibatkan hak penjagaan anak, hak mengkebumkan mayat dan lain-lain yang melibatkan hak orang bukan Islam secara tak langsung, maksud aku hak kekeluargaan.
Aku bukan nak sokong orang bukan Islam, tapi setahu aku Islam amat menitikberatkan soal keadilan. Tentulah depa-depa tu memerlukan sekurang-kurangnya nasihat guaman. Tentulah depa lebih percaya kepada nasihat dari orang yang sama agama dengan depa pasai ianya melibatkan soal agama.
Aku suka nak ulang balikapa uang aku tulis dalam entry aku yang dulu:
Bagi aku, takdak masalah sangat pun kalau benarkan peguam bukan Islam jadi peguam syarie. Cumanya kena la ditetapkan syarat-syarat khas yang ketat. Mungkin boleh disyaratkan depa perlu lulus satu peperiksaan khas. Ataupun boleh diujudkan syarat depa perlu dapat "kredit hours" tertentu untuk setiap tahun dengan menghadiri kursus dan seminar yang MAIP anjurkan dalam bab undang-undang syariah.Lagi satu, dengan larangan ni, akan timbul persepsi yang orang Islam ni macam takut nak berhujjah dengan orang bukan Islam dalam bab agama. Takkan sampai macam tu kut!!!
Lagipun sefaham aku, mahkamah kita ada undang-undang bab menghina mahkamah. Jadinya kalau ada tindakan depa yang tak betul, undang-undang menghna mahkamah boleh dikenakan.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis