[sumber pic] |
Malaysiakini menjangkakan:
pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari. - MkiniApa pun, mengenai tarikh pilihanraya tu, terpulang kepada SPR "si anjing Umno" nak tetapkan bila dan tentunya selepas dapat arahan dari tuannya, Umno. Aku yakin PRK kali ni takkan dibuat pada hari bekerja macam di Manek Urai dulu.
Kalau ikut amalan biasa, Pakatan Rakyat akan kemukan calon dari PAS sebab masa PRU12 calon dari PAS bertanding walaupun kalah 2,492. Calon PAS cuma berupaya dapat separuh dari undi yang calon Umno dapat. Memang nampak sungguh, DUN tu kubu kuat Umno.
Jumlah pengundi N5 Tenang masa PRU12 ada 14,511 pengundi. Daftar pemilih sehingga suku pertama 2010 menunjukkan jumlah pengundi seramai 14,531 orang. Peningkatan cuma 20 orang pengundi saja dari tahun 2008.
Maknanya tak ramai mana pengundi baru untuk Dun tu. Malas aku nak cari database PRU12 untuk buat bandingan. Kalau buat bandingan, boleh tau la berapa orang sebenarnya pengundi baru.
Dari angka tu, nampaknya macam takdak usaha bersungguh-sungguh dari Umno nak daftarkan pengundi baru kat situ. Memang biasa la, kubu kuat Umno, nak kerja teruk-teruk buat apa, gerenti menang punya.
Di pihak PAS pulak aku rasa lebih kurang macam tu jugak la kut. Nak kerja teruk-teruk buat apa, bukan boleh menang pun. Andaian aku saja laa.
Kalau ikut congak mudah, PAS kena cari pengundi baru hampir 2,500 orang atau pun nak kena swing lebih 30% baru boleh menang. Satu kerja yang cukup berat, kalau pun tak mustahil untuk calon PAS menang. Tambah-tambah ada Felda pulak kat sana dengan pengundi aku rasa agak lebih 4 ribu orang.
Apa pun, yang sahehnya, rakyat di DUN Tenang akan dapat untung. Tak banyak sikit, depa akan dapat jugak habuan PRK walaupun mungkin tak sehebat janji di Galas. Yang tentunya sewa rumah akan naik melambung tinggi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa prejudis