Berani ka depa sambut cabaran Adun Selinsing? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 25, 2010

Berani ka depa sambut cabaran Adun Selinsing?

Alhamdulillah, akhirnya ada jugak "jawapan" dari berkenaan fitnah ke atas Adun Selinsing ni. Memang heboh teruma dalam blog pencacai Umno pasai dakwaan Adun Selinsing ni yang didakwa berzina dalam koc keretapi.

Aku memang langsung tak percaya fitnah ni. Kalau betul ada video, ada gambar, takkan takdak yang terfikir nak serah pada pejabat agama untuk diambil tindakan. Takkan berita yang cukup panas macam tu langsung tak masuk dalam suratkhabar.

Yang lebih buat aku serabut bila nama TG Nik Aziz pun dikaitkan jugak dalam isu ni bila ada dakwaan kata TG Nik Aziz kata "Tuhan dah ampunkan dosa Adun Selinsing." Siap ada video youtube lagi.





Agak-agak mamat dalam video atas ni berani dak sambut cabaran Drs Saipul Bahrin, ADUN Selinsing. Aku harap, Drs. Saipul Bahrin bukan takat cabar, tapi kena saman depa-depa ni. Biar isu ni dibentangklan di dalam mahkamah. Biar rakyat bukak mata, manpak apa sebenarnya kerja buat Umno BN.

Harakahdaily melaporkan:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.

“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.

“Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.

“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya seperti dipetik The Malaysian Insider. - Hrkh
Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...