Sebulan terakhir jika PAS nak menang PRU 13 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 24, 2010

Sebulan terakhir jika PAS nak menang PRU 13

Aku suka tajuk tu kat atas tu, aku tiru tajuk artikel dari blog Tulahan. Isi artikel tu memang patut dibaca terutama sekali oleh aktivis-aktivis parti. Bukan takat kena baca tapi kena buat. Tu pun kalau teringin calon hangpa menang masa PRU13 nanti.

Kalau setakat masuk pilihanraya lepas tu tunggu berapa nak kalah, baik tak payah masuk. Buat perabis duit saja. Takat duit deposit memang boleh dapat balik kut, tapi duit poster dan segala macam pernbelanjaan lain memang boleh dianggap hapus kira la.

Yang aku tulis ni pulak untuk yang bukan aktivis parti tapi yang berharap sangat Pakatan Rakyat boleh tawan Putrajaya lepas PRU13 ni. Apa yang patut hangpa buat. Apa tanggungjawab hangpa. Bahkan tanggungjawab semua.

Yang patut hangpa buat tak lain tak bukan, yang paling penting sekali adalah untuk memastikan seramai mungkin pengundi baru yang gerenti akan undi calon Pakatan Rakyat mendaftar dan jadi pengundi yang ada nama dalam daftar pemilih.

Hangpa kena semak setiap orang disekeliling hangpa. Semua orang sekeliling hangpa yang hangpa rasa ada tanjak untuk undi Pakatan Rakyat. Semua yang dah berumur 21 tahun ke atas yang lahir pada atau sebelum tahun 1989. Ambil no kad pengenalan depa dan semak kat sini, tengok depa dah dafttar ka belum.

Mula-mula sekali hangpa kena semak orang dalam rumah hangpa sendiri. Lepas tu kena semak ahli keluarga hangpa. Lepas tu kena semak pulak kawan-kawan sekali tempat kerja. Lepas tu kena jugak kawan-kawan hangpa yang selalu mengopi dengan hangpa, kawan-kawan yang main futsal dengan hangpa, kawan-kawan yang jemaah surau atau masjid dengan hangpa termasuk jugak kawan-kawan yang selalu berdanggut dengan hangpa kalau ada. Maksud aku semua kawan-kawan hangpa yang ada tanjak untuk undi Pakatan Rakyat.

Kalau depa belum mendaftar, hangpa kena pastikan depa pi mendaftar. Bukan takat suruh depa mendaftar tapi kena pastikan depa mendaftar. Kalau perlu sampai heret depa pi pejabat Pos, hangpa kena heret.

Kerja ni kena buat dalam masa sebulan ni. Maksud aku sebelum habis bulan Disember. Kalau ada yang masih belum faham pasai apa kena buat sebelum habih bulan Disember aku ulang balik apa yang aku tulis sebelum ni kat sini.
Pasainya tempoh mendaftar untuk suku semasa iaitu suku pertama ke-4 tahun 2010 akan berakhir pada 31 Mac Disember 2010. Biasanya selepas tu SPR akan ambik masa dalam 3 minggu untuk proses 'key-in' data. Lepas tu seminggu pulak untuk tempoh semakan dan bantahan. Lepas tu pulak kurang-kurang seminggu untuk proses 'perbicaraan' kalau ada bantahan. Lagi seminggu dua pulak kot untuk sediakan daftar tambahan sebelum boleh diwartakan.

Selepas diwartakan barulah daftar pemilih tu boleh diguna untuk pilihanraya. Proses sebelum mewartakan tu paling kurang ambil masa 6 minggu. Maknanya paling awal pun daftar baru tu boleh diguna kalau pilihanraya dibuat pertengahan bulan Mei Februari.
Maksudnya kena pastikan depa mendaftar sebelum 31 Disember 2010 kalau depa mendaftar di Pejabat Pos atau di Pejabat SPR. Tapi kalau mendaftar dengan PPS, kena daftar sebelum 15 Disember 2010. Kalau lewat dari tarikh tu, jangan menyesal kalau depa tak boleh mengundi PRU13 nanti.

Jadinya, aku ulang sekali lagi, tanggungjawab hangpa, kena semak semua orang disekeliling hangpa yang ada tanjak untuk undi Pakatan Rakyat PRU13 nanti dan kena buat kerja memastikan yang belum mendaftar, nama depa didaftarkan walaupun terpaksa heret depa pi pejabat pos.

Berkaitan



   Cenangau Daunkari

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...